بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? MAJLIS MERAIKAN BAKAL HAJI: MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA 1445H/2024

???? BUTIRAN MAJLIS:
• Hari/Tarikh: Khamis / 09 Mei 2024 / 01 Zulkaedah 1445H
• Masa: BERMULA 7.30 Malam
• Tempat: Dewan Solat Utama MJBBU & Dewan Suliman MJBBU

???? ATUR CARA MAJLIS:
???? 7.30 Malam: Bacaan Yasin, Tahlil & Doa Selamat
???? 8.10 Malam: Penyampaian cenderahati untuk jemaah haji
???? 8.20 Malam: Solat Fardu Isyak berjemaah
???? 8.50 Malam: Solat Sunat Hajat berjemaah & jamuan
???? 9.20 Malam: Kursus Ulangkaji Ibadah Haji: Ustaz Haji Abu Bakar bin Watak (Dewan Suliman MJBBU)

قال العلامة أبي بكر البكري : واعلم أن فضائله لا تحصي

Kata Al-Imam Al-Allamah Abi Bakr Al-Bakri: "Dan ketahuilah bahawa fadilat-fadilat ibadah haji tidak terkira."

وروى ابن حبان عن ابن عمر أن النبي صل قال : إن الحاج حين يخرج من بيته لم يخط خطوة الا كتب الله له بها حسنة، وحط عنه بها خطيئة فاذا وقفوا بعرفات : باهى الله بهم ملائكته، يقول : انظروا الى عبادي أتوني شعثا غبرا أشهدكم أني غفرت لهم ذنوبهم وإن كانت عدد قطر السماء ورمل عالج (إعانة الطالبين 2/459)

Diriwayatkan dari Al-Imam Ibn Hibban, dari Ibn Umar RA bahawa sabda Rasulullah SAW: Sesungguhnya orang yang haji ketika keluar dari rumahnya, dia tidak melangkah satu langkah kecuali Allah mencatat baginya satu kebaikan dan meleburkan darinya dengan langkah itu, satu keburukan. Lalu apabila dia wuquf di Arafah, Allah berbangga dihadapan para malaikat, Dia berfirman: "Lihatlah para hambaKu, mereka datang padaKu dengan pakaian sederhana dan berdebu. Aku bersaksi pada kamu (malaikat) bahawa Aku telah mengampunkan dosa-dosa mereka dan sekiranya dosanya bagaikan titisan air hujan dan butiran pasir."