Maulidur Rasul SAW



Setiap bulan Rabiulawal, umat Islam mengadakan sambutan Maulidur Rasul SAW kerana jumhur ulama bersepakat pada tarikh tersebut adalah kelahiran junjungan mulia Rasulullah SAW. Di antara tujuan umat Islam menyambut Maulidur Rasul SAW adalah kerana menzahirkan rasa cinta dan memuliakan Baginda SAW. Al-Imam al-Sirri al-Saqati berkata:

Mafhumnya: "Barangsiapa menghadiri tempat pembacaan Maulid Nabi SAW, maka sesungguhnya ia telah menghadiri salah satu taman dari taman-taman syurga kerana tidak ia hadir ke tempat itu melainkan kerana cinta kepada Rasul."

Mafhumnya kata al-Imam lagi: "Dan sesungguhnya telah bersabda Rasulullah SAW: 'Barangsiapa mencintaiku, akan bersamaku di Syurga.'"

Al-Imam Junaid al-Baghdadi berkata:

Mafhumnya: "Barangsiapa yang menghadiri majlis Maulidur Rasul dan mengagungkan kedudukan Baginda SAW, maka ia telah mencapai kejayaan iman." (Hasyiah I'anah al-Thalibin ala Hal al-Faz Fath al-Mu'in 3/613)

Semoga kita dapat berhimpun dengan junjungan mulia Rasulullah SAW di akhirat kelak. Pihak masjid mengalu-alukan kehadiran para jemaah pada malam ini bagi pembacaan berzanji bersempena Maulidur Rasul SAW 1443H.