بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

MAJLIS PENGENALAN AHLI JAWATANKUASA MJBBU 2023-2025 & PERJUMPAAN BERSAMA AHLI KARIAH

Telah berjalan dengan lancar Majlis Pengenalan Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) sesi 2023-2025 dan perjumpaan Ahli Jawatankuasa Pengurusan bersama ahli kariah Bandar Baru Uda semalam. Majlis yang berlangsung selepas Isyak mendapat sambutan baik dari jemaah dan ahli kariah.

Majlis telah bermula pada jam 9.00 malam dengan ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis oleh Pengurus MJBBU, Tuan Haji Ab Rashid bin Bukhairah, diteruskan dengan bacaan doa bagi memberkati majlis oleh Ketua Imam MJBBU, Tuan Imam Haji Mohd Kamal bin Zakaria dan ucapan penghargaan serta pengenalan Ahli Jawatankuasa MJBBU sesi 2020-2022 dan 2023-2025. Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Ahli Jawatankuasa yang tidak lagi berkhidmat bagi sesi 2023-2025 iaitu Bendahari MJBBU 2020-2022, Tuan Haji Zaenal Abidin bin Ali, Biro Ekonomi MJBBU 2020-2022, Tuan Haji Khamim bin Abdul Rasid dan Biro Rakan Muda & Sukarelawan MJBBU 2020-2022, Encik Zulkarnain bin Azham.

Majlis diteruskan dengan agenda utama program iaitu pembentangan kewangan & aktiviti MJBBU sesi 2020-2022 oleh Pengerusi MJBBU, Ustaz Haji Md Burhanuddin bin Haji Tibek dan diakhiri dengan sesi soal jawab para jemaah dan ahli kariah dengan Pengerusi MJBBU.

Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jemaah dan ahli kariah di atas penyertaan di dalam majlis ini serta sekalung tahniah & selamat menjalankan amanah kepada Ahli Jawatankuasa MJBBU sesi 2023-2025.

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله الإمام العادل...إلخ

Mafhumnya sabda Rasulullah SAW: "Tujuh (7) golongan yang dinaungi Allah SWT pada hari tiada naungan selain naungan-Nya iaitu (1) pemimpin yang adil."

وقال السيد حسن بن سليمان بن عبد النوري: وبدأ بالشخص العادل لأن حياته له وللناس فإن الحاكم العادل هو الكاسر لشوكة الظلمة والمجرمين وهو سند الضعفاء والمساكين وبه ينتظم أمر الناس فيأمنون على أرواحهم وأموالهم وأعراضهم (إبانة الأحكام شرح بلوغ المرام)

Mafhumnya kata al-Syed Hasan bin Sulaiman al-Nuri: "Dan bermula (golongan yang dinaungi Allah SWT) dengan individu yang adil kerana kehidupannya itu bagi dirinya dan orang lain. Maka pemerintah yang adil adalah orang yang mematahkan duri orang yang zalim dan pembuat kejahatan dan ia adalah penyandar bagi orang yang lemah dan miskin. Dan ia (pemerintah yang adil) menguruskan hal umat sehinggakan mereka merasa aman dan terjamin jiwa, harta dan kedudukan mereka."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).


Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).

LATEST ALBUM

OUR LOCATION

Johor Bahru, Malaysia.

© Copyright | Powered by instaweb.my