
Muslimin & muslimat dijemput hadir ke kuliah khas berikut. Siri-siri HARI THAQAFAH 1444H kali ini akan membentangkan dua tokoh dalam penyusunan hadis-hadis dan telah disepakati oleh ulama akan kesahihannya serta keutamaannya selepas al-Quran sebagai sumber utama di dalam agama.
قال الإمام النووي: وأصح مصنف في الحديث بل في العلم مطلقا الصحيحان للإمامين القدوتين أبي عبد الله محمد بن إسماعيل البخاري، وأبي الحصين مسلم الحجاج القشيرى (شرح صحيح مسلم النووي ١/٤)
Mafhumnya kata al-Imam al-Nawawi di dalam Muqaddimah Syarah Sahih Muslim: "Dan penyusun yang paling sahih di dalam hadis bahkan dalam ilmu secara mutlak ialah dua al-Sahihain (Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim) bagi dua al-Imamain yang teladan iaitu Abi Abdillah Muhammad bin Ismail al-Bukhari dan Abi al-Husain Muslim al-Hajjaj al-Qusyairi."