WhatsApp Us Now +6072388166

Tentang Kami

Home / Tentang Kami

About Us

Masjid seluas 18,640 kps yang boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).

Our Background

LATAR BELAKANG MASJID
Masjid ini terletak di Bandar Baru Uda yang dikelilingi oleh rumah-rumah kediaman golongan berpendapatan sederhana dan ahli perniagaan. Lokasinya yang berhampiran dengan jalan raya memudahkan pengunjung tidak putus-putus singgah di masjid ini untuk menunaikan kewajipan kepada Allah, berehat seketika dan menggunakan kemudahan yang terdapat di masjid ini.

MASJID MODEN & LENGKAP
Masjid Jamek ini adalah antara masjid-masjid moden di negeri Johor. Reka bentuk masjid ini berkonsepkan Timur Tengah dan menampilkan hiasan yang sederhana. Permuafakatan dan sikap saling bantu-membantu yang diamalkan oleh penduduk di sini telah menjadikan masjid ini mampu menjana pendapatannya sendiri dan dapat melaksanakan kegiatan-kegiatan agama dan sosial.

SISTEM PENGURUSAN & KEMUDAHAN PERUBATAN
Masjid ini ditadbir oleh seorang pengerusi, bendahari, setiausaha dan beberapa orang ahli jawatankuasa yang menjadi nadi daya penggerak kepada seluruh aktiviti masjid. Masjid ini juga mempunyai kemudahan klinik dialisis yang dikendalikan oleh doktor dan jururawat terlatih yang digajikan oleh Yayasan Masjid Bandar Baru Uda sendiri.

Terdapat 12 buah mesin dialisis yang disediakan. Perkhidmatan ini dibiayai oleh Yayasan Masjid dan Majlis Agama Islam Johor. Ia diberikan secara percuma kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Our Address

Masjid Jamek Bandar Baru UDA
Johor Bahru, Malaysia.

Phone : +6072388166