WhatsApp Us Now +6072388166

Agama Itu Nasihat

Home / Agama Itu Nasihat

AGAMA ITU ADALAH NASIHAT



Mafhumnya diriwayatkan dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus al-Dari RA, bahawasanya Nabi SAW telah bersabda: "Agama itu nasihat." Kami bertanya: "Bagi siapa?" Baginda SAW menjawab: "Bagi Allah, KitabNya, RasulNya, para imam dan seluruh Muslim." Riwayat Muslim.


Mafhumnya al-Imam Daqiq al-Eid berkata: "Dan makna sabdaan Baginda SAW: "Agama itu nasihat" iaitu tiang agama dan asasnya ialah nasihat seperti sabdaan Baginda SAW: "Haji itu adalah 'Arafah" iaitu 'Arafah ialah tiang ibadah haji.