Infaq Pembangunan Masjid Jamek Bandar Baru Uda


INFAQ KERJA-KERJA PENAMBAHBAIKAN & PENINGKATAN KEMUDAHAN DI MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA (MJBBU)


Pihak MJBBU memohon dan membuka peluang wakaf dan infak kepada para jemaah sekalian dalam perlaksanaan kerja-kerja pembangunan, penambahbaikan dan peningkatan kemudahan di Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU):


Antara rasional dan justifikasi kukuh di atas pembinaan Gerbang Utama serta Bilik-bilik kuliah di Masjid Jamek Bandar Baru Uda ini ialah:

1) Terkini masjid ini terpilih sebagai salah satu masjid pelancongan di Johor Bahru. Justeru pembinaan Gerbang Utama yang lebih terserlah dan mesra pengunjung akan memperkukuhkan imej dan daya tarikan pengunjung dan pelancong tempatan dan luar negara;

2) Rekaan gerbang baharu ini mengambil kira struktur bumbung yang melindungi kawasan letak kasut daripada hujan dan panas terik, menjadi sebagai tempat 'Drop Off Point' kepada tetamu kehormat dan Van Jenazah serta turut menyediakan ruang untuk kiosk pertanyaan, kaunter zakat, teler bank serta bilik kawalan keselamatan;

3) Pengubahsuaian aras 2 masjid menjadikan 4 buah bilik kuliah bagi tujuan kelas, kuliah dan pengajian;

4) Dan kerja-kerja ini juga meliputi baik pulih laluan dan tangga, termasuklah pintu masuk masjid yang kini semakin usang dan kurang selamat bagi pengguna warga emas.




ANGGARAN KOS & TEMPOH PERLAKSANAAN:

KERJA BERKAITAN: BILIK-BILIK KULIAH ARAS 2 MASJID UNIT (Lot) ANGGARAN KOS (RM)
Kerja-kerja penyediaan bilik-bilik kuliah di aras 2 masjid 4 Lot 152,000
ANGGARAN KOS KESELURUHAN 152,000
KERJA BERKAITAN: GERBANG UTAMA MJBBU UNIT (Lot) ANGGARAN KOS (RM)
Kerja-kerja Preliminaries 1 Lot 107,489
Kerja-kerja Menambahbaik dan Membaikpulih 1 Lot 50,000
Kerja-kerja Bangunan: - Tempat turun penumpang - anjung masjid sedia ada 1 Lot 666,875 108,023
Kerja-kerja Elektrikal 1 Lot 250,000
Jumlah Keseluruhan Anggaran Tender 1 Lot 1,182,387
Provisional Sum (10% Anggaran Tender) 1 Lot 118,239
Kerja Consultant 1 Lot 62,665
ANGGARAN KOS KESELURUHAN 1,363,291


KERJA BERKAITAN TEMPOH PERLAKSANAAN
Kerja perundingan 1 - 2 bulan
Panggilan tawaran, penilaian dan lantikan kontraktor 2 bulan
Tempoh kontrak kerja mengikut keutamaan dan kedudukan dana 10 bulan


SUMBANGAN & URUSAN RESIT BOLEH DILAKSANAKAN SEPERTI BERIKUT:

Para jemaah boleh menyumbang ke masjid melalui kaedah-kaedah berikut:

1) Infaq secara Online melalui ToyyibPay: https://toyyibpay.com/Infaq-Pembangunan-Masjid-BBU

2) Infaq secara pindahan samada secara Online atau deposit, boleh lakukan melalui akaun berikut: Bank Islam BIMB | 01-041-01-007648-5 | Tabung Pembangunan Masjid Jamek Bandar Baru Uda

3) Pejabat Masjid: Tingkat 2, Pejabat Pengurusan Masjid Jamek Bandar Baru Uda, Jalan Padi Ria, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor

4) Para jemaah boleh juga menyumbang ke Tabung Pembangunan Masjid di Dewan Solat Utama MJBBU atau mengimbas pada kod QR berikut:


Untuk urusan resit, para jemaah boleh berhubung dengan Pegawai Kewangan MJBBU: Ustaz Kamal Ariff bin Mohd Bakri (013-722 5306)