Jom Infak


TABUNG PENGURUSAN MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA (MJBBU)


Mafhumnya Rasulullah SAW bersabda: " Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga (3) perkara: (1) Sedekah jariah; (2) ilmu yang dimanfaatkan; (3) dan juga anak soleh (atau solehah) yang mendoakan kepada kedua ibu bapanya."

Mafhumnya al-Imam an-Nawawi berkata di dalam syarahnya: " Berkata para ulama: 'Makna hadis ini ialah bahawa amalan si mati akan terputus dengan kematiannya dan terputus juga pembaharuan pahala baginya melainkan pada tiga (3) perkara ini kerana ia (3 perkara tersebut) menjadi sebab (terwujudnya kebaikan-kebaikan). Maka sesungguhnya anak dari amalannya. Demikian juga ilmu yang ia ajarkan dan sedekah jariah iaitu wakaf." (Sahih Muslim bi Syarh an-Nawawi 11/85)

Sumbangan ini bertujuan bagi menampung kos operasi Masjid Jamek Bandar Baru UDA Johor Bahru (MJBBU) seperti utiliti (elektrik/air/unifi), penyelenggaraan dan operasi, pembangunan, majlis ilmu online, aktiviti dan program pengimarahan di Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU).

Dengan tujuan itu, pihak masjid telah menyediakan kemudahan dengan menyumbang secara atas talian melalui ToyyibPay dan InfaqPay:


Sebarang pertanyaan, boleh hubungi: Ustaz Kamal Ariff bin Mohd Bakri di talian 011-5674 3198.