GERBANG INFAQ (GI)

MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA (MJBBU)


Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis:

Mafhumnya: "Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allah melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan (urusan) orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seorang hamba selama mana hamba tersebut menolong saudaranya."

Gerbang Infaq MJBBU telah ditubuhkan oleh Jawatankuasa Tadbir Masjid Jamek Bandar Baru Uda bagi memperluaskan peranan dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Aktiviti-aktiviti utama Gerbang Infaq MJBBU telah dimulakan sejak sekian lama dan telah dijenamakan kembali agar ia lebih berfungsi secara menyeluruh dengan penyertaan penerima sumbangan terkini adalah seramai 600 orang terdiri daripada kariah Bandar Baru Uda dan luar Bandar Baru Uda termasuk Skudai, Kempas, Tampoi dan sebagainya.

Gerbang Infaq MJBBU akan diuruskan sepenuhnya dibawah Biro Ekonomi masjid melalui pengerusinya iaitu Tuan Haji Khamim bin Abdul Rasid dan dibantu oleh pengurus, Imam Muhammad Mu'az bin Mohd Khusairi.

Gambar 1 & 2: Majlis Pelancaran Gerbang Infaq MJBBU oleh Exco Agama Johor YB Tuan Haji Tosrin Bin Jarvanthi (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam)


Gambar 3: Lawatan dari penyelidik dari UiTM Shah Alam dan Masjid Jamek Kuala Lumpur bagi mengetahui sistem yang digunakan di Gerbang Infaq MJBBU yang merangkum sistem penyertaan, pengkiraan stok, pengagihan dan sebagainya kepada golongan asnaf diselia di bawah Gerbang Infaq MJBBU


Gerbang Infaq akan dibuka pada setiap hari Ahad hingga Khamis, dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari dan akan ditutup pada hari Jumaat, Sabtu dan Cuti Umum. Sebarang kemusykilan, boleh hubungi Pengurus Gerbang Infaq, Imam Muhammad Mu'az bin Mohd Khusairi.