Mafhumnya Rasulullah SAW bersabda: " Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga (3) perkara: (1) Sedekah jariah; (2) ilmu yang dimanfaatkan; (3) dan juga anak soleh (atau solehah) yang mendoakan kepada kedua ibu bapanya."
Mafhumnya al-Imam an-Nawawi berkata di dalam syarahnya: " Berkata para ulama: 'Makna hadis ini ialah bahawa amalan si mati akan terputus dengan kematiannya dan terputus juga pembaharuan pahala baginya melainkan pada tiga (3) perkara ini kerana ia (3 perkara tersebut) menjadi sebab (terwujudnya kebaikan-kebaikan). Maka sesungguhnya anak dari amalannya. Demikian juga ilmu yang ia ajarkan dan sedekah jariah iaitu wakaf." (Sahih Muslim bi Syarh an-Nawawi 11/85)
Pihak MJBBU memohon dan membuka peluang wakaf dan infak kepada para jemaah sekalian dalam menggantikan penghawa dingin masjid di Dewan Solat Utama MJBBU yang sudah berusia 25 tahun sejak pertama kali digunakan sehingga kini.
Dengan tujuan itu, pihak masjid telah menyediakan kemudahan dengan menyumbang secara atas talian melalui ToyyibPay:
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi: Ustaz Kamal Ariff bin Mohd Bakri di talian 011-5674 3198.