KLINIK FARDU AIN

MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA (MJBBU)


1. KLINIK AL-FATIHAH

1.1 Butiran Klinik al-Fatihah:

• Hari / Tarikh: Sabtu / 18 Disember 2021 bersamaan 13 Jamadilawal 1443H

• Masa: 9.00 - 11.00 Pagi

• Tempat: Bilik Talaqi Aras 2 Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU)

1.2 Objektif Klinik al-Fatihah:

• Memastikan makhraj dan sebutan ayat dengan tepat;

• Mengingatkan tentang tempat-tempat yang sering berlaku kesalahan;

• Menjelaskan beberapa wakaf dan sambungan ayat yang dibenarkan dalam Surah al-Fatihah;

• Dan menjelaskan keadaan membaca Surah al-Fatihah dalam keadaan masbuq atau imam membaca terlalu laju.

Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis:

Mafhumnya: "Tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca Surah al-Fatihah."


Poster 1: Poster Klinik al-Fatihah anjuran Biro Rakan Muda & Sukarelawan MJBBU



2. KLINIK WUDUK

2.1 Butiran Klinik Wuduk:

• Hari / Tarikh: Sabtu / 25 Disember 2021 bersamaan 20 Jamadilawal 1443H

• Masa: 9.00 - 11.00 Pagi

• Tempat: Dewan Suliman Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU)

2.2 Objektif Klinik Wuduk:

• Menghayati falsafah wuduk;

• Mengetahui jenis-jenis air dan najis;

• Menjelaskan kaedah yang tepat mengambil wuduk;

• Dan menjelaskan perkara yang membatalkan wuduk.

Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis:

Mafhumnya: "Allah SWT tidak menerima solat salah seorang di antara kamu apabila ia berhadas sehingga ia berwuduk."


Poster 2: Poster Klinik Wuduk anjuran Biro Rakan Muda & Sukarelawan MJBBU



3. KLINIK RUKUN QAULI

3.1 Butiran Klinik Rukun Qauli:

• Hari / Tarikh: Ahad / 26 Disember 2021 bersamaan 21 Jamadilawal 1443H

• Masa: 9.00 - 11.00 Pagi

• Tempat: Dewan Suliman Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU)

3.2 Objektif Klinik Rukun Qauli:

• Memastikan makhraj dan sebutan ayat dengan tepat;

• Mengingatkan tentang tempat-tempat yang sering berlaku kesalahan;

• Dan menjelaskan beberapa wakaf dan sambungan ayat yang dibenarkan.

Al-Imam Ibnu Ruslan asy-Syafie berkata di dalam Matan Safwah al-Zubad:

Mafhumnya: "Setiap orang yang beramal tanpa ilmu, pasti amalnya tertolak dan tidak diterima (amalnya)."


Poster 3: Poster Klinik Rukun Qauli anjuran Biro Rakan Muda & Sukarelawan MJBBU