Mafhumnya kata al-Syeikh Ismail Haqi al-Barusawy: " Disebut di dalam hadis lain (fadilat Surah Yasin): 'Barangsiapa membaca Surah Yasin pada malam hari, ia akan memasuki waktu pagi hari dalam keadaan diampunkan baginya.."
(Roh al-Bayan 7/440)
Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) melalui Unit Pengimarahan & Ibadat mengalu-alukan kehadiran para jemaah khususnya di kariah Bandar Baru Uda ke Majlis Bacaan Yasin & Tahlil. Butiran program adalah seperti di dalam poster berikut:
Majlis Bacaan Yasin & Tahlil akan dirakam dan disiarkan secara langsung di Facebook: Masjid Jamek Bandar Baru UDA.
Para jemaah yang ingin menghantar nama bagi bacaan tahlil, boleh hubungi: Ustaz Kamal Ariff bin Mohd Bakri di talian 011-5674 3198.