MISI BANTUAN KEPERLUAN WANITA

MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA (MJBBU)


Rasulullah SAW bersabda di dalam sebuah hadis:

Mafhumnya: "Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allah melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan (urusan) orang yang kesulitan, maka Allah akan memudahkan baginya di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong seorang hamba selama mana hamba tersebut menolong saudaranya."

Pihak masjid melalui Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) MJBBU telah mengambil inisiatif mengumpulkan sumbangan-sumbangan masyarakat khususnya di kariah Bandar Baru Uda untuk diberikan kepada mangsa-mangsa banjir melalui Badan Kebajikan & Sosial PERKESO Negeri Johor (BAKSO).

Barangan sumbangan adalah khusus barangan keperluan wanita termasuk baju sejuk, tudung, baju kurung, jubah, telekung, sejadah dan seumpamanya. Untuk makluman para jemaah, HELWA masih menerima sumbangan-sumbangan sehingga Jumaat ini (31 Disember 2021). Para jemaah boleh menyerahkan sumbangan tersebut di Bilik Urusetia HELWA (bersebelahan ATM BIMB).

Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang dan mendoakan agar segala urusan yang akan dilaksanakan PERKESO di Temerloh dipermudahkan Allah SWT.