Majlis Khatam Tadarus Al Quran Muslimin Muslimat Ramadan

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

MAJLIS KHATAM TADARUS AL-QURAN MUSLIMIN & MUSLIMAT RAMADAN 1444H

Alhamdulillah, pihak masjid telah mengadakan Program Tadarus al-Quran Ramadan 1444H di sepanjang Ramadan dan telah selesai mengkhatamkan pada Khamis (6 April 2023) bagi kumpulan tadarus muslimat dan Sabtu (8 April 2023) bagi muslimin. Program ini yang berjalan bermula 1 Ramadan telah mendapat sambutan yang baik dikalangan jemaah masjid khususnya dari ahli kariah BBU.

Bagi kumpulan tadarus muslimin, ia berjalan setiap selepas Tarawih di Dewan Solat Utama MJBBU dan setiap kumpulan dipimpin oleh para imam dan bilal masjid. Bagi kumpulan muslimat pula telah berjalan setiap pagi di Dewan Suliman MJBBU dan dipimpin oleh Ustazah Hajah Thaniah binti Haji Zakaria.

Pihak masjid mengucapkan jutaan tahniah kepada para jemaah yang telah menyertai Program Tadarus al-Quran Ramadan 1444H di masjid ini dan sekaligus beriktikaf dan mengimarahkan masjid. Semoga Allah SWT melipatgandakan pahala kepada para hamba-Nya yang melazimi kehidupan mereka dengan al-Quran khususnya di bulan Ramadan.

قال سلطان العلماء العز بن عبد السلام السلمي الشافعي: ويستحب الإكثار من تلاوة القرآن ومن الجود والإفضال في هذا الشهر للمعتكف وغيره

Mafhumnya kata Sultan al-Ulama, al-Imam Izzuddin Abdissalam al-Sulami al-Syafie: "Dan disunatkan memperbanyakkan dari membaca al-Quran dan dari bersikap dermawan di bulan ini (Ramadan) bagi orang yang iktikaf dan selainnya."

وفي الصحيحين عن ابن عباس رضي الله عنه قال: كان رسول الله ﷺ أجود الناس بالخير، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل عليه السلام، وكان يلقاه جبريل كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ، فيعرض عليه النبي ﷺ القرآن، فإذا لقيه جبريل كان رسول الله ﷺ أجود بالخير من الريح المرسلة (مقاصد الصوم ص. 33)

Mafhumnya: "Dan di dalam al-Sahihain (Sahih al-Bukhari dan Muslim), dari Ibn Abbas ia berkata: 'Adalah Nabi SAW orang yang paling pemurah melakukan segala jenis kebaikan, dan Baginda lebih pemurah di dalam bulan Ramadan ketika Jibrail menemui Baginda pada setiap malam dalam bulan Ramadan, Jibrail menemui Baginda membentangkan (menyemak) bacaan al-Quran dari Nabi SAW. Apabila baginda didatangi Jibrail, Baginda akan menjadi lebih pemurah dari angin yang bertiup.'"