بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK & BERBUKA PUASA RAMADAN 1444H DI MJBBU
Bulan Ramadan merupakan bulan yang dianjurkan kepada umat Islam untuk memperbanyakkan amalan. Di antara amalan yang dianjurkan ulama adalah memberikan juadah berbuka puasa kepada orang yang berpuasa.
Di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, aktiviti-aktiviti edaran bubur lambuk dan penyediaan juadah berbuka puasa dilaksanakan setiap hari sepanjang Ramadan. Sebelum iftar pula, para jemaah akan membaca tahlil dan dipimpin oleh para imam yang bertugas.
Bagi aktiviti edaran bubur lambuk akan bermula selepas Asar di pintu Babussalam MJBBU, berhadapan Dewan Suliman MJBBU. Para jemaah dan masyarakat setempat dialu-alukan untuk mengambilnya.
Para jemaah yang ingin menyumbang bagi urusan penyediaan juadah berbuka termasuk penyediaan bubur lambuk, boleh menyumbang ke akaun masjid.
📥 SUMBANGAN ANDA BOLEH DISALURKAN KE:
• RHB BANK: 2511 1500 0005 03
• Tabung Pengurusan Masjid Baru BBU
UNTUK URUSAN RESIT, HUBUNGI:
• Ustaz Kamal Ariff bin Mohd Bakri
• https://www.wassap.my/601156743198
Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang berlipatganda kepada para hamba-Nya yang menyumbang bagi urusan dan aktiviti masjid ini di sepanjang Ramadan.
قال سلطان العلماء العز بن عبد السلام السلمي الشافعي: ومن شرفه أنه من فطر صائما، كان له مثل أجره، وقال صلى الله عليه وسلم: (( من فطر صائما كان له مثل أجره، من غير أن ينقص من أجر الصائم شيء ))
Mafhumnya kata al-Imam Izz bin Abd Salam al-Sulami al-Syafie: "Dan di antara kemuliaan puasa bahawasanya barangsiapa memberikan juadah berbuka kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala sepertinya; dan sabda Baginda SAW: (( Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun ))."
فمن فطر ستة وثلاثين صائما في كل سنة فكانما صام الدهر ومن كثر بفطر الصائمين على هذه النية كتب الله له صوم عصور ودهور (مقاصد الصوم ص. 18)
Mafhumnya: "Lalu barangsiapa memberi juadah berbuka kepada tiga puluh enam (36) orang yang berpuasa setiap tahun, maka seoleh-olah ia berpuasa satu tahun. Justeru barangsiapa memperbanyak memberi makan dan minum kepada orang-orang yang berpuasa atas dasar niat ini, Allah mencatat baginya puasa berabad-abad dan bertahun-tahun."