Pembayaran Zakat Fitrah Zakat Harta Ramadan 1444h Pihak

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH & ZAKAT HARTA RAMADAN 1444H

Pihak pengurusan MJBBU mengalu-alukan kehadiran para jemaah dan ahli kariah Bandar Baru Uda bagi melaksanakan kewajipan zakat fitrah & harta bagi tahun 1444H. Kaunter zakat akan dibuka setiap hari pada jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang, bertempat di pintu utama Dewan Solat MJBBU.

Sebarang pertanyaan, para jemaah boleh hubungi:
• Imam Haji Mohd Kamal bin Zakaria (019-793 3929)
• Imam Mohd Shaiful bin Esa (013-757 6894)

Semoga dengan melaksanakan kewajipan ini dapat menyucikan jiwa dan harta serta menyuburkan amalan kita.

رواه الشيخان عن ابن عمر قال: (( فرض رسول الله صلى الله عليه وسلم زكاة الفطر من رمضان على الناس صاعا من تمر أو صاعا من شعير على كل حر أو عبد ذكر أو أنثى من المسلمين ))

Mafhumnya: "Riwayat hadis oleh al-Syeikhan (al-Imam al-Bukhari & al-Imam Muslim), dari Ibn Umar, ia berkata: (( Rasulullah SAW telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas setiap manusia sebanyak satu gantang dari tamar dan gantang gandum (makanan asasi) bagi setiap yang merdeka atau hamba lelaki mahupun perempuan ))."

قال الإمام تقي الدين أبو بكر بن محمد الحسينى الحصني: أظهرها ونص عليه الشافعي في الجديد أنها تجب بغروب الشمس، لأنها مضافة إلى الفطر كما مر في لفظ الحديث، والثاني أنها تجب بطلوع الفجر يوم العيد لأنها قربه تتعلق بالعيد فلا تتقدم عليه كالأضحية (كفاية الأخيار ص. 228)

Mafhumnya kata al-Syeikh al-Imam Taqiuddin Abu Bakar bin Muhammad al-Husaini al-Hishni al-Dimasyqi al-Syafie: "Yang paling zahir dan nas ke atasnya oleh al-Imam Syafie pada Qaul al-Jadid bahawasanya (zakat fitrah) wajib dengan terbenam matahari (Ramadan) kerana ia disandarkan kepada fitri (berbuka puasa) sebagaimana telah lalu dalam lafaz hadis. Dan yang kedua bahawa ianya wajib dengan terbit fajar pada hari raya kerana ia berkaitan dengan hari raya maka tidak boleh mendahului ke atasnya sebagaimana hari korban."