بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
???? SOLAT & KHUTBAH GERHANA MATAHARI
???? BUTIRAN PROGRAM:
• Hari: Khamis
• Tarikh: 20 April 2023 / 29 Ramadan 1444H
• Tempat: Dewan Solat Utama MJBBU
???? ATUR CARA PROGRAM:
1) Solat Sunat Gerhana Matahari
2) Khutbah Gerhana Matahari
???? DIPIMPIN OLEH:
• Imam & Bilal bertugas
ﻗﺎﻝ ﺍﺑﻦ ﺍﻟﻌﻤﺎﺩ ﻓﻲ ﻛﺸﻒ ﺍﻷﺳﺮﺍﺭ: ﺳﺒﺐ ﻛﺴﻮﻓﻴﻬﻤﺎ ﺗﺨﻮﻳﻒ ﺍﻟﻌﺒﺎﺩ ﺑﺤﺒﺲ ﺿﻮﺋﻬﻤﺎ ﻓﻴﺮﺟﻌﻮﻥ ﺍﻟﻰ ﺍﻟﻄﺎﻋﺔ ﻷﻥ ﻫﺬﻩ ﺍﻟﻨﻌﻤﺔ ﺇﺫﺍ ﺣﺒﺴﺖ ﻟﻢ ﻳﻨﺒﺖ ﺯﺭﻉ ﻭﻟﻢ ﻳﺠﻒ ﺛﻤﺮ ﻭﻟﻢ ﻳﺤﺼﻞ ﻟﻪ ﻧﻀﺞ
Mafhumnya kata Ibn al-Imad di dalam kitab Kashf al-Asrar: "Sebab gerhana keduanya (matahari dan bulan) adalah bagi menakutkan para hamba dengan menahan keduanya (dari cahaya matahari) agar mereka kembali kepada ketaatan kerana sesungguhnya kedua ini adalah nikmat. Apabila disekat kenikmatan tersebut maka tidak akan tumbuh tanaman, tidak akan kering buah-buahan dan tidak terhasil tuaian.”
ﺳﺒﺒﻪ ﺗﺠﻠﻲ ﺍﻟﺤﻖ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﻠﻰ ﻋﻠﻴﻬﻤﺎ ﻓﺈﻧﻪ ﻣﺎ ﺗﺠﻠﻰ ﻟﺸﻲﺀ ﺇﻻ ﺧﻀﻊ ﻓﻘﺪ ﺗﺠﻠﻰ ﻟﻠﺠﺒﻞ ﻓﺠﻌﻠﻪ ﺩﻛﺎ (بغية المسترشدين في تلخيص فتاوي بعض الأئمّة من المتأخرين ص. 148)
Kata sebahagian ulama: "Sebabnya tajalli (menyingkapkan) keagungan Allah SWT ke atas keduanya gerhana kerana sesungguhnya tiada tajalli Allah SWT terhadap sesuatu melainkan ia akan tunduk sebagaimana tajalli kepada gunung lalu menjadikannya hancur lebur (sepertimana leburnya gunung tatkala Nabi Musa AS meminta untuk melihat Allah SWT).”