Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir Bagi Laungan Takbir,

Muslimin & muslimat dijemput hadir bagi laungan takbir, solat sunat & khutbah Aidilfitri dan mengimarahkan masjid. Solat sunat Aidilfitri akan bermula pada jam 8.30 pagi.

Bagi laluan muslimat, adalah melalui pintu Pusat Dialisis & Kesihatan (PDK) manakala muslimin adalah pintu ATM, pintu Utama dan pintu Menara masjid.

Kaunter zakat akan dibuka pagi ini, bertempat di pintu Utama masjid, Babulbarakah. Muslimin & muslimat dialu-dialukan hadir dan melaksanakan kefarduan zakat fitrah.

قال ابن رجب رحمه الله تعالى عنه: ليس العيد لمن لبس الجديد، إنما العيد لمن طاعاته تزيد، ليس العيد لمن تجمل باللباس والركوب، إنما العيد لمن غفرت له الذنوب، في ليلة العيد تفرق خلق العتق والمغفرة على العبيد؛ فمن ناله منها شيء فله عيد، وإلا فهو مطرود بعيد (لطائف المعارف ص.483)

Mafhumnya kata al-Imam al-Hafiz al-Allamah Ibn Rajab al-Hanbali: "Bukanlah raya itu siapa yang memakai pakaian baru, tetapi raya itu ialah siapa yang ketaatannya bertambah. Bukanlah raya itu siapa yang berhias dengan pakaian dan kenderaan, tetapi raya itu ialah siapa yang diampunkan dosanya. Pada malam raya dibahagikan pembebasan (dari api neraka) dan keampunan ke atas hamba. Siapa yang mendapatkannya maka baginya hari raya. Jika tidak, maka dia orang yang terbuang jauh."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).


Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).

LATEST ALBUM

OUR LOCATION

Johor Bahru, Malaysia.

© Copyright | Powered by instaweb.my