بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

MAJLIS MESRA AIDILFITRI: MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA (MJBBU) 1444H / 2023M

Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) semalam dan telah mendapat sambutan yang amat baik dari jemaah masjid, ahli kariah Bandar Baru Uda dan masyarakat sekitar BBU. Majlis kali ini diadakan di perkarangan masjid dan telah bermula seawal jam 8.45 pagi sehingga 12.45 tengahari.

Majlis telah bermula dengan kata alu-aluan oleh pengerusi majlis, Bilal Muhammad Zulfikri Amin bin Zulkifli dan diteruskan dengan bacaan selawat dan marhaban yang dipimpin oleh imam-imam dan bilal-bilal MJBBU bersama-sama Unit Sukarelawan MJBBU serta bacaan doa oleh Ketua Imam MJBBU, Tuan Imam Haji Mohd Kamal bin Zakaria.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi MJBBU, Ustaz Md Burhanuddin bin Haji Tibek dan diikuti dengan penyampaian cenderahati dari pihak Pengurusan MJBBU kepada mantan bilal-bilal masjid iaitu Bilal Mohd Hafidzul Hairie bin Mohd Kamal dan Bilal Ahmad Azhari bin Haji Sahid.

Disamping menikmati juadah hari raya oleh tetamu dan hadirin, majlis ini diselangi dengan persembahan-persembahan qasidah oleh Kelab Qasidah MJBBU dan kumpulan nasyid al-Qamar yang terdiri dari bilal-bilal MJBBU sendiri, diketuai oleh Bilal Mohamad Khairulanuar bin Mohamad Dun.

Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih di atas kehadiran para jemaah masjid, ahli kariah Bandar Baru Uda serta masyarakat sekitar BBU yang memeriahkan majlis kali ini sekaligus mengeratkan lagi silaturrahim.

واتقوا الله الذى تساءلون به والأرحام (سورة اللنساء: 01)

Maksudnya: "Bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat."

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: (( ما من عمل حسن أسرع ثوابا من صلة الرحم وما من عمل سيئة أسرع عقوبة من البغي )) (روح البيان 2/165)

Mafhumnya sabda Rasulullah SAW: (( Tiada amal baik yang paling cepat balasan pahalanya berbanding silaturrahim dan tiada amal buruk yang paling cepat balasan hukumannya berbanding berbuat jahat )).