بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
???? KULIAH MAGHRIB MJBBU
???? Hari/Tarikh : Isnin / 29 Mei 2023 / 10 Zulkaedah 1444H
???? Penceramah : Ustaz Mohamad Ridhwan bin Harun
???? Tajuk/Kitab : Fiqh al-Munakahat
قال الشيخ محمد نووي الجاوي: والرجل راع في أهله أي زوجته وهو مسؤول عن رعيته هل وفاهم حقوقهم من كسوة ونفقة وغيرهما والمرأة راعية في بيت زوجها بحسن تدبير المعيشة والنصح له والشفقة والأمانة وحفظ نفسها وماله وأطفاله (شرح عقود اللجين ص. 14)
Mafhumnya kata al-Syeikh Muhammad Nawawi al-Jawi: "Dan seorang lelaki adalah pemimpin pada keluarganya, yakni isterinya dan ia bertanggungjawab dari pimpinannya, apakah ia memenuhi hak-hak mereka dari memberi pakaian, nafkah dan seumpamanya. Dan wanita pemimpin di rumah suaminya, yakni mengurus rumah tangganya dengan baik, memberikan nasihat baginya, berkasih sayang, beramanah serta memelihara dirinya dan harta serta anak-anak suaminya."