بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
MAJLIS MERAIKAN BAKAL HAJI DI MASJID JAMEK BANDAR BARU UDA (MJBBU)
Alhamdulillah telah berlangsung Majlis Meraikan Bakal Haji MJBBU di Dewan Solat Utama MJBBU dan di Dewan Suliman MJBBU pada Khamis yang lalu (26 Mei 2023) dan majlis telah berjalan dengan lancar.
Majlis bermula selepas Solat Fardu Maghrib berjemaah, diteruskan dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat yang dipimpin oleh Imam Ibrahim Adham Afif bin Ismail serta disusuli dengan penyampaian cenderahati oleh Pengerusi masjid, Ustaz Md Burhanuddin bin Haji Tibek kepada jemaah haji seramai 60 orang.
Majlis diteruskan dengan Solat Fardu Isyak berjemaah, Solat Sunat Hajat, jamuan dan diakhiri dengan Kursus Ulangkaji Ibadah Haji yang telah disampaikan oleh Ustaz Haji Abu Bakar bin Watak di Dewan Suliman MJBBU.
Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jemaah yang hadir bagi meraikan ahli jemaah yang berpeluang menunaikan ibadah Haji pada tahun ini dan mendoakan agar jemaah haji khususnya dari kariah Bandar Baru Uda dikurniakan Haji Mabrur.
قال العلامة أبي بكر شطا الدمياطي البكري: واعلم أن فضائله لا تحصي
Mafhumnya kata al-Imam al-Allamah Abi Bakr Syata al-Dimyati al-Bakri: "Dan ketahuilah bahawa fadilat-fadilat ibadah haji tidak terkira."
وروى ابن حبان عن ابن عمر أن النبي صل قال: (( إن الحاج حين يخرج من بيته لم يخط خطوة الا كتب الله له بها حسنة، وحط عنه بها خطيئة، فاذا وقفوا بعرفات: باهى الله بهم ملائكته، يقول: انظروا الى عبادي، أتوني شعثا غبرا، أشهدكم أني غفرت لهم ذنوبهم وإن كانت عدد قطر السماء ورمل عالج )) )(إعانة الطالبين 2/459)
Mafhumnya diriwayatkan dari al-Imam Ibn Hibban, dari Ibn Umar RA bahawa sabda Rasulullah SAW: (( Sesungguhnya orang yang haji ketika keluar dari rumahnya, ia tidak melangkah satu langkah kecuali Allah mencatat baginya satu kebaikan dan meleburkan darinya dengan langkah itu, satu keburukan. Lalu apabila ia wuquf di Arafah, Allah berbangga dihadapan para malaikat, Ia berfirman: "Lihatlah para hamba-Ku, mereka datang pada-Ku dengan pakaian sederhana dan berdebu. Aku bersaksi pada kamu (malaikat) bahawa Aku telah mengampunkan dosa-dosa mereka dan sekiranya dosanya bagaikan titisan air hujan dan butiran pasir" )).