Mari laksanakan kesunahan ibadah korban di Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU)! Berbaki 1 ekor lembu dan 5 bahagian dan 3 ekor kambing sahaja lagi!
Kata al-Allamah Abu Bakr Syata al-Dimyati al-Bakri:
قوله (متأكدا) أي في حقنا وأما في حقه صلى الله عليه وسلم فهي واجبة وتأكدها على الكفاية فلو فعلها واحد من أهل البيت كفت عنهم (إعانة الطالبين 2/549)
Mafhumnya: "Kata pengarang (Fath al-Muin): 'Ibadah korban adalah sunat muakkad; yakni hukum di sisi kita. Adapun di sisi Baginda SAW, maka ia adalah wajib. Dan hukum sunat muakkad ibadah korban adalah sunat kifayah. Maka sekiranya salah seorang ahli rumah telah melakukan korban, cukuplah korban itu dari mereka (ahli rumah).'"