بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

❗️MAKLUMAN: PENDAFTARAN KURSUS JENAZAH MUSLIMAT SUDAH PENUH❗️

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman ilmu dalam pengurusan jenazah kepada yang hadir di kursus ini.

قال الامام العلامة تقي الدين الحسيني الشافعي: (فصل: ويلزم في الميت اربعة اشياء غسله وتكفينه والصلاة عليه ودفنه) لاخلاف ان الميت المسلم يلزم الناس القيام بامره في هذه الاربعة والقيام بهذه الاربعة فرض كفاية بالاجماع ذكره الرافعي والنووي وغيرهما...وسمي فرض كفاية لان فعل البعض كاف في تحصيل المقصود (كفاية الاخيار ص. 159)

Mafhumnya kata al-Imam al-Allamah Taqiuddin al-Husaini al-Syafie: "Kata pengarang Ghayah al-Taqrib (Matan Abi Syuja); fasal, lazim pada mayat itu empat perkara: memandikannya, mengkafankannya, menyembahyangkannya dan mengebumikannya. Tidak ada khilaf bahawa mayat muslim lazim orang menguruskan dengan empat perkara ini dan melaksanakan empat perkara ini adalah fardu kifayah dengan ijmak ulama. Al-Imam al-Rafie dan al-Nawawi menyebutkan sebegitu dan ulama selainnya...dan dinamakan ia fardu kifayah kerana perbuatan sebahagian orang sahaja dalam menguruskan mayat adalah cukup dan memadai dalam menghasilkan maksud."