بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? PROGRAM QIAMULLAIL & KULIAH SUBUH HARI THAQAFAH SEMPENA MAAL HIJRAH 1445H

???? BUTIRAN PROGRAM:
• Hari: Rabu
• Tarikh: 19 Julai 2023 / 01 Muharam 1445H
• Masa: Bermula 4.30 Pagi
• Tempat: Dewan Solat Utama MJBBU

???? ATUR CARA PROGRAM:
• 4.30 Pagi: Qiamullail: Ustaz Mohamad Muslim bin Ali
• 5.52 Pagi: Solat Subuh berjemaah
• 6.30 Pagi: Kuliah Subuh Hari Thaqafah sempena Maal Hijrah 1445H: Ustaz Bukharuddin bin Ismail (Tazkirah Maal Hijrah)
• 7.15 Pagi: Sarapan & bersurai

Program Hari Thaqafah 1444H-1445H anjuran bersama Yayasan & Masjid Jamek Bandar Baru Uda

قال ابن رجب رحمه الله تعالى عنه: المجلس الأول في فضل شهر الله المحرم وعشره الأول خرج مسلم من حديث أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي ﷺ قال: ((أفضل الصيام بعد شهر رمضان شهر الله الذي تدعونه المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة قيام الليل)) (اللطائف المعارف: 77)

Mafhumnya kata al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali: "Majlis pertama dalam keutamaan bulan Allah Muharam dan amalan sepuluh pertama bulan Muharam: Al-Imam Muslim telah meriwayatkan dari hadis Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, Baginda telah bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas puasa pada bulan Ramadan adalah puasa pada bulan Allah iaitu pada bulan Muharam dan semulia-mulia solat selepas solat fardu (lima waktu) adalah qiamullail (berdiri malam untuk solat).""