Marilah sertai program-program Hari Asyura anjuran Masjid Jamek Bandar Baru Uda! Pelbagai program sunah bagi meraih kelebihan dan fadilat hari Asyura dan bulan Muharam.
Semoga Muslimin & Muslimat mendapat pelbagai manfaat dan diberi ganjaran oleh Allah SWT di atas amalan kita di bulan mulia ini.
Memetik sebuah nazam nukilan dari al-Imam Abi Bakr bin Muhammad Syata al-Dimyati al-Bakri:
في يوم عاشوراء عشر تتصل ∴ بها اثنتان ولها فضل نقل
صم، صل، صل، زر عالما، عد، واكتحل ∴ رأس اليتيم امسح، تصدق واغتسل
وسع على العيال، قلم ظفرا ∴ وسورة الاخلاص قل ألفا تصل
Mafhumnya: "Pada hari Asyura ada 10 amalan dengannya lagi dua amalan utama. Puasalah, solatlah, sambunglah silaturahim, ziarahlah orang alim, jenguklah orang sakit dan pakailah celak mata. Kepala anak yatim- usaplah, bersedekahlah dan bersucilah. Luaskanlah (nafkah) keluarga, potonglah kuku dan Surah al-Ikhlas- bacalah 1,000 kali."