بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? KHUTBAH JUMAAT
???? Tarikh : 18 Ogos 2023 / 01 Safar 1445H
???? Tajuk Khutbah : Kesengsaraan Penghuni Neraka
???? Dipimpin Oleh :
• Imam Nur Ikhmal Hakim bin Sabaruddin
• Bilal Mohamad Khairulanuar bin Mohamad Dun

قال الإمام الشيخ إبراهيم اللقاني: والنار حق أوجدت كالجنه ∴ فلا تمل لجاحد ذي جنه (متن جوهرة التوحيد: 55)

Mafhumnya kata al-Imam al-Syeikh Ibrahim al-Laqqani RHM: "Dan (bermula) neraka itu adalah benar dan telah wujud seperti syurga. Maka janganlah engkau dengar bagi orang yang mungkar.'"

وذكر ابن العربي أن نار الدنيا من جهنم طفئت في البحر مرتين ولو لا ذلك لم ينتفع بها وبعد أخذ نار الدنيا منها أوقد عليها ألف سنة حتى ابيضت ثم ألف سنة حتى احمرت ثم ألف سنة حتى اسودت فهي سوداء مظلمة (شرح الصاوي على جوهرة التوحيد: 394)

Mafhumnya: "Dan al-Imam Ibn al-Arabi telah menyebutkan bahawasanya api dunia daripada neraka Jahanam telah dipadamkan di dalam air laut sebanyak dua kali dan sekiranya bukan sedemikian nescaya tiada bermanfaat dengannya (kerana kepanasannya) dan selepas diambil api dunia dari Jahanam, dinyalakan ke atas Jahanam seribu (1,000) tahun sehingga menjadi putih. Kemudian seribu (1,000) tahun lagi sehingga menjadi merah membara. Kemudian seribu (1,000) tahun lagi sehingga menjadi hitam legam dan ia adalah hitam yang sangat gelap."