بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? PROGRAM AMBANG KEMERDEKAAN: BACAAN YASIN & TAHLIL

Bersempena dengan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos 2023, pihak masjid akan mengadakan bacaan Yasin & Tahlil dan butirannya adalah seperti berikut:

???? BUTIRAN PROGRAM:
• Hari/Tarikh: Rabu / 30 Ogos 2023 / 14 Safar 1445H
• Jam: Bermula Selepas Maghrib
• Tempat: Dewan Solat Utama MJBBU

???? DIPIMPIN OLEH:
• Imam Muhammad Hakimin bin Mohd Fazarin
• Bilal Muhammad Raziq bin Khairul Hazahar

قال الله تعالى: إِنَّ الَّذِي فَرَضَ عَلَيْكَ الْقُرْآنَ لَرَادُّكَ إِلَىٰ مَعَادٍ قُل رَّبِّي أَعْلَمُ مَن جَاءَ بِالْهُدَىٰ وَمَنْ هُوَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah yang mewajibkan kepadamu (beramal dan menyampaikan) al-Quran (wahai Muhammad) sudah tentu akan menyampaikan engkau lagi kepada apa yang engkau ingini dan cintai (Mekah al-Mukaramah). Katakanlah (kepada kaum yang menentangmu): "Tuhanku amat mengetahui akan sesiapa yang membawa hidayah petunjuk dan sesiapa pula yang berada dalam kesesatan yang nyata."

قال الشيخ اسماعيل الحقي البروسوي: وفي تفسير الآية إشارة إلى أن حب الوطن من الإيمان وكان عليه السلام يقول كثيرا الوطن الوطن فحقق الله سؤله ... قال عمر رضي الله عنه : لولا حب الوطن لخرب بلد السوء فبحب الأوطان عمرت البلدان (روح البيان: 6/471)

Mafhumnya kata al-Syeikh Ismail al-Haqi al-Barusawy: "Dan di dalam tafsir ayat memberi isyarat bahawa seusngguhnya mencintai tanah air adalah sebahagian tanda keimanan dan Baginda SAW banyak menyebut: "Tanah air, tanah air", lalu Allah SWT mengabulkan permintaannya ... Kata Sayidina Umar RA: "Sekiranya bukan kerana cinta akan tanah air, nescaya akan binasa negeri yang penuh kejahatan. Maka dengan cinta akan tanah air termakmurlah negeri-negeri tersebut."