بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

BACAAN DOA QUNUT NAZILAH

Marilah sama-sama kita panjatkan doa kepada para pejuang Islam di Palestin dan sekitarnya terhadap penjajahan, penindasan dan kekejaman rejim Zionis Israel.

KAIFIYAT QUNUT NAZILAH:
???? Sunat membaca doa Qunut Nazilah di setiap solat fardu pada rukun iktidal di dalam rakaat terakhir secara bersendirian atau berjemaah (walau masbuq & telah membaca Qunut bersama imam)
???? Tidak sunat membaca doa Qunut Nazilah pada solat sunat, solat jenazah dan solat nazar
???? Tidak disunatkan sujud Sahwi kerana meninggalkan Qunut Nazilah

(وبسائر مكتوبة) من الخمس في اعتدال الركعة الاخيرة، ولو مسبوقا قنت مع إمامه (لنازلة) نزلت بالمسلمين

Mafhumnya: "Dan sunat membaca Qunut di setiap solat fardu dari yang lima, pada rukun iktidal rakaat terakhir. Dan sunat meskipun bagi makmum masbuq yang sudah Qunut bersama imamnya kerana musibah yang menimpa ke atas umat Islam."

وخرج بالمكتوبة النفل - ولو عيدا - والمنذورة، فلا يسن فيهما

Mafhumnya: "Dan tidak termasuk dari solat fardu ialah solat sunat, walau solat hari raya dan solat nazar. Maka tidak sunat melakukan Qunut Nazilah pada keduanya."

Semoga Allah SWT memberikan kemenangan dan mengurniakan balasan Syuhada kepada para pejuang Islam di sana dan mengazab orang kafir dan musyrik rejim Zionis Israel di atas kesyirikan dan kezaliman mereka.