بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
BACAAN DOA BAGI MEREKA YANG BERJUANG DI MEDAN PERANG
Marilah sama-sama kita panjatkan doa kepada para pejuang Islam di Palestin dan sekitarnya terhadap penindasan dan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap umat Islam dan rakyat Palestin serta penghinaan mereka ke atas bumi Anbiya.
قال الله تعالى: يا أيُّها النَّبِيُّ حَرّضِ المُؤْمِنِينَ على القِتالِ
Maksudnya: “Wahai Nabi, bangkitkanlah semangat orang yang beriman itu untuk berperang.”
وروينا في صحيحي البخاري ومسلم عن أنس رضي الله عنه قال: خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم إلى الخندق فإذا المهاجرون والأنصار يحفرون في غداة باردة، فلما رأى ما بهم من النصب والجوع قال: اللَّهُمَّ إنَّ العَيْشَ عَيْشُ الآخِرَةِ، فاغْفِرْ لِلأنْصَارِ وَالمُهاجِرَةِ
Mafhumnya: "Dan kami meriwayatkan dalam Sahihain, Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim, dari Anas RA, dia berkata: Rasulullah SAW telah keluar menuju ke Khandaq dan Baginda SAW mendapati orang Muhajirin dan Ansar sedang menggali parit di pagi yang dingin. Ketikamana Baginda SAW melihat keadaan mereka yang susah dan lapar, Baginda SAW bersabda: "Ya Allah, sesunguhnya kehidupan yang benar ialah kehidupan akhirat. Oleh itu, ampunilah kaum Ansar dan Muhajirin."
Muslimin & muslimat dianjurkan untuk melaksanakan Qunut Nazilah bagi setiap solat fardu. Doa tersebut boleh didapati di pautan berikut:
https://www.facebook.com/mjbbUDA/posts/pfbid0Todw7kSLCgaBrZ3xRNyyxwCUMMiRZB9J7TQFFvvNv94FmjYvfKSuGDJHoC76Tiu5l
KAIFIYAT QUNUT NAZILAH:
???? Sunat membaca doa Qunut Nazilah di setiap solat fardu pada rukun iktidal di dalam rakaat terakhir secara bersendirian atau berjemaah (walau masbuq & telah membaca Qunut bersama imam)
???? Tidak sunat membaca doa Qunut Nazilah pada solat sunat, solat jenazah dan solat nazar
???? Tidak disunatkan sujud Sahwi kerana meninggalkan Qunut Nazilah
Semoga Allah SWT memberikan kemenangan dan mengurniakan balasan Syuhada kepada para pejuang Islam di sana dan mengazab orang kafir dan musyrik rejim Zionis Israel di atas kesyirikan dan kezaliman mereka.