بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

BACAAN & DOA DI DALAM PEPERANGAN

Marilah sama-sama kita panjatkan doa kepada para pejuang Islam di Palestin dan sekitarnya di atas penindasan dan kekejaman rejim Zionis Israel terhadap umat Islam dan rakyat Palestin serta penghinaan mereka ke atas bumi Anbiya.

وروينا في صحيحي البخاري ومسلم عن ابن عباس قال : قال النبي ﷺ وهو في قبته : اللَّهُمَّ إني أنْشُدُكَ عَهْدَكَ وَوَعْدَكَ اللَّهُمَّ إنْ شِئْتَ لَمْ تُعْبَدْ بَعْدَ اليَوْمِ فأخذ أبو بكر رضي الله عنه بيده فقال : حسبك يا رسول الله فقد ألحَحت على ربِك فخرج وهو يقول : سَيُهْزَمُ الجَمْعُ وَيُوَلُّونَ الدُّبُرَ، بَلِ السَّاعَةُ مَوْعِدُهُمْ وَالسَّاعَةُ أَدْهَى وَأمَرُّ ( القمر: 45-46 )

Mafhumnya kami meriwayatkan dalam Sahihain, dari Ibn Abbas, dia berkata: "Rasulullah SAW berdoa dan Baginda di dalam khemahnya: "Ya Allah, aku memohon kepadaMu apa yang telah Engkau janjikan. Ya Allah sekiranya Engkau kehendaki, sudah tentu tiada lagi yang menyembah Engkau setelah hari ini (kerana binasa)." Lalu Sayidina Abu Bakar RA memegang tangan Baginda seraya berkata: "Cukuplah wahai Rasulullah. Sesungguhnya engkau telah meminta-minta kepada Allah." Lalu Baginda n keluar dan membaca: "Kumpulan mereka yang bersatu itu tetap akan dikalahkan dan mereka pula akan berpaling lari. (Bukan kekalahan itu sahaja) bahkan hari kiamat ialah hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan yang sepenuh-penuhnya) dan (azab seksa) hari kiamat itu amat dahsyat dan amat pahit."

وروينا في صحيحيهما عن عبد الله بن أبي أوفى رضي الله عنهما أن رسول الله صﷺ - في بعض أيامه التي لقي فيها العدو - انتظر حتى مالتِ الشمسُ، ثم قام في الناس قال : أيُّها النَّاسُ لا تَتَمَنَّوْا لِقَاءَ العَدُوّ واسألوا اللَّهَ العافِيَةَ فإذَا لَقيتُموهُم فاصْبِرُوا واعْلَمُوا أنَّ الجَنَّةَ تَحْتَ ظِلالِ السُّيُوفِ ثم قال : اللَّهُمَّ مُنْزِلَ الكِتَابِ ومُجْرِيَ السَّحابِ وَهازِم الأحْزَابِ اهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ

Mafhumnya kami meriwayatkan dalam Sahihain, dari Abdullah bin Abi Aufa RA: "Sesungguhnya Rasulullah SAW pada sebahagian harinya bertemu dengan musuh, menunggu sehingga matahari tergelincir. Kemudian Baginda berdiri di antara sekalian manusia seraya bersabda: "Wahai manusia! Jangan engkau mengharapkan untuk bertemu dengan musuh dan pohonlah kepada Allah keselamatan. Lalu apabila engkau bertemu dengan mereka, maka bersabarlah dan ketahuilah sesungguhnya syurga itu terletak di bawah naungan pedang." Kemudian Baginda berdoa: "Ya Allah, Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), Tuhan yang menggerakkan awan, Tuhan yang mengalahkan tentera al-Ahzab, kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka."

Muslimin & muslimat dianjurkan untuk melaksanakan Qunut Nazilah bagi setiap solat fardu. Doa tersebut boleh didapati di pautan berikut:
https://www.facebook.com/mjbbUDA/posts/pfbid0Todw7kSLCgaBrZ3xRNyyxwCUMMiRZB9J7TQFFvvNv94FmjYvfKSuGDJHoC76Tiu5l

KAIFIYAT QUNUT NAZILAH:
???? Sunat membaca doa Qunut Nazilah di setiap solat fardu pada rukun iktidal di dalam rakaat terakhir secara bersendirian atau berjemaah (walau masbuq & telah membaca Qunut bersama imam)
???? Tidak sunat membaca doa Qunut Nazilah pada solat sunat, solat jenazah dan solat nazar
???? Tidak disunatkan sujud Sahwi kerana meninggalkan Qunut Nazilah

Semoga Allah SWT memberikan kemenangan dan mengurniakan balasan Syuhada kepada para pejuang Islam di sana dan mengazab orang kafir dan musyrik rejim Zionis Israel di atas kesyirikan dan kezaliman mereka