بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? KHUTBAH JUMAAT:

???? Tarikh : 01 Disember 2023 / 17 Jamadilawal 1445H
???? Tajuk Khutbah : Manusia Yang Tetap Pendirian
???? Dipimpin Oleh :
• Imam Haji Mohd Kamal bin Zakaria
• Bilal Muhammad Zulfikri Amin bin Zulkifli

قال الله تعالى : إِنَّ الَّذِينَ فَرَّقُوا دِينَهُمْ وَكَانُوا شِيَعًا لَّسْتَ مِنْهُمْ فِي شَيْءٍ ۚ إِنَّمَا أَمْرُهُمْ إِلَى اللَّهِ ثُمَّ يُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

Maksudnya: "Bahawasanya mereka yang mencerai-beraikan agama mereka (dengan hawa nafsu), dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Dia akan menerangkan kepada mereka apa yang telah mereka lakukan."

وروي عن عمر بن الخطاب ان رسول الله ﷺ قال لعائشة : ان الذين فرقوا دينهم وكانوا شيعا هم اصحاب البدع والاهواء من هذه امة (لباب التاويل : 2/177)

Mafhumnya diriwayatkan dari Umar bin Khattab RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda kepada Aisyah RA: "Bahawasanya mereka yang mencerai-beraikan agama mereka dan mereka menjadi berpuak-puak; mereka adalah ahli-ahli bidaah dan pengikut hawa nafsu dari kalangan umat ini."