Muslimin & Muslimat Dijemput Untuk Sertai Daurah Al

Muslimin & muslimat dijemput untuk sertai Daurah al Turathiah anjuran Masjid Jamek Bandar Baru Uda yang akan berlangsung pada hari Selasa (5 Disember 2023), bermula jam 9.15 malam.

Bagi sesi daurah kali ini yang berkisarkan ilmu fardu ain, masjid akan memfokuskan ilmu tasawuf dan kitab yang akan digunakan adalah Mutiara Minhaj al Abidin susunan Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaluddin dan akan dikupaskan oleh Ustaz Mohd Shafiee bin Abd Rahman.

Tiadalah kewajiban menuntut ilmu fardu ain ini melainkan agar sahih iktikad, benar ibadat dan suci hati kita dari segala sifat mazmumah. Menatijahkan kita untuk menuntut ilmu dan beramal kerana Allah SWT semata-mata.

قال عبد الله بن مسعود رحمه الله تعالى عنه: ليس العلم بكثرة الرواية لكن الخشية (سراج الطالبين 1/92)

Mafhumnya Abdullah bin Mas'ud berkata: "Bukanlah ilmu itu dengan banyaknya riwayat, tetapi (ilmu) adalah al-khasyah (takut yang menjadikannya tunduk kepada Allah SWT)."


About Us

  • Masjid Jamek Bandar Baru UDA

    Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).


Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember 1996 dan mula diimarahkan pada 3 Januari 1997 (Jumaat).

LATEST ALBUM

OUR LOCATION

Johor Bahru, Malaysia.

© Copyright | Powered by instaweb.my