Aktiviti-aktiviti Kelab Qasidah Mjbbu. Manfaatkan Cuti Sekolah Anak-anak

Aktiviti-aktiviti Kelab Qasidah MJBBU. Manfaatkan cuti sekolah anak-anak dengan menyertai aktiviti ini yang bertujuan menanamkan rasa cinta kepada Baginda SAW melalui alunan qasidah dan syair mentauhidkan Allah SWT dan memuji keagungan RasulNya yang mulia.

عن عمرو بن الشريد عن أبيه قال ردفت رسول الله صلى الله عليه وسلم يوما فقال هل معك من شعر أمية بن أبي الصلت شيء؟ قلت نعم قال هيه فأنشدته بيتا فقال هيه ثم أنشدته بيتا فقال هيه حتى أنشدته مائة بيت

Mafhumnya dari Amri bin al-Syarid, dari ayahnya ia berkata: "Aku membonceng di belakang Rasulullah SAW pada suatu hari. Lalu Baginda SAW bertanya: 'Adakah engkau mempunyai satu dari syair Umayyah bin Abi al-Salt?' Aku menjawab: 'Ya,' Baginda SAW bersabda: "Lantunkanlah,' lalu aku mendendangkan satu bait dari syair tersebut. Lalu Baginda SAW bersabda: 'Lantunkanlah,' kemudian aku mendendangkan satu bait. Lalu Baginda SAW bersabda: 'Lantunkanlah.' Aku mendendangkannya sehingga seratus bait syair."

قال الإمام النووي رحمه الله تعلى عنه: ومقصود الحديث أن النبي صلى الله عليه وسلم استحسن شعر أمية واستزاد من إنشاده لما فيه من الإقرار بالوحدانية والبعث (شرح صحيح مسلم النووي 15/12)

Mafhumnya kata al-Imam al-Nawawi: "Dan maksud hadis bahawa Nabi SAW menganggap baik syair Umayyah dan Baginda SAW meminta tambah lantunan syair-syair tersebut kerana di dalamnya terkandung pengakuan ketauhidan keesaan Allah dan hari kebangkitan manusia."