Muslimin & muslimat dijemput hadir menyertai Majlis Khatam Al Quran Perdana 1445H MJBBU. Majlis akan berlangsung pada jam 9.15 pagi di Dewan Solat Utama MJBBU.
Di antara amalan sunat dalam membaca al Quran ialah membaca secara berjemaah dan adalah sunat yang amat dituntut untuk menghadiri pengkhataman bacaan al Quran. Apatahlagi majlis ilmu, menghadirinya merupakan sebaik-baik penginfakkan harta dan masa oleh seseorang penuntut, sebagaimana diterangkan al Imam al Nawawi di dalam muqadimah kitab-kitabnya.
Memetik huraian al Imam al Nawawi di dalam al Tibyan:
قال الإمام النووي رحمه الله: يستحب حضور مجلس ختم القرآن استحبابا متأكدا
Mafhumnya kata al-Imam al-Nawawi: "Sunat menghadiri majlis pengkhataman al-Quran dengan sunat muakkad (sangat dianjurkan)."
وروى الدارمي وأبو داود بإسنادهما عن ابن عباس رضي الله عنهما أنه كان يجعل رجلاً يراقب رجلاً يقرأ القرآن فإذا أراد أن يختم أعلم ابن عباس فيشهد ذلك
Mafhumnya: "Dan diriwayatkan oleh al-Darimi dan Abu Daud dengan sanad kedua-duanya, dari Ibn Abbas RA bahawasanya beliau menjadikan seseorang memperhatikan seorang yang membaca al-Quran. Apabila dia akan mengkhatamkan al-Quran, hendaklah orang tersebut memberitahu Ibn Abbas sehingga beliau dapat menyaksikan berkhatam itu."
Marilah manfaatkan di hari cuti ini dengan menyertai majlis bacaan dan pengkhataman al Quran, majlis ilmu dan majlis doa bagi saudara dan saudari Palestin di MJBBU pagi ini.
Semoga Allah SWT mengganjari kita dengan pahala yang berlipatganda kerana melazimi al Quran, menyertai majlis zikir dan ilmu dan majlis munajat.