بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

MAJLIS PERJUMPAAN AHLI JAWATANKUASA MJBBU BERSAMA AHLI KARIAH

Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) telah melaksanakan Majlis Perjumpaan Ahli Jawatankuasa MJBBU bersama ahli kariah Bandar Baru Uda pada Ahad yang lalu (21 Januari 2024). Majlis yang berlangsung selepas Maghrib mendapat sambutan yang baik dari jemaah khususnya dikalangan ahli kariah BBU.

Majlis yang diadakan secara tahunan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para jemaah tentang operasi dan aktiviti masjid, prestasi kewangan masjid dan perkembangan serta penambahbaikan yang telah dilaksanakan dan cadangan perlaksanaan projek-projek baru di masjid ini dari tahun 2022 sehingga kini, bagi kemudahan pengurusan dan pentadbiran masjid serta keselesaan para jemaah dalam mengimarahkan masjid ini.

Majlis telah bermula pada jam 7.50 malam dengan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi MJBBU, Ustaz Haji Md Burhanuddin bin Haji Tibek dan diteruskan dengan pembentangan kewangan & aktiviti MJBBU sesi 2022-2023. Majlis ditutupi dengan para jemaah mendirikan Solat Isyak berjemaah serta jamuan.

Pihak masjid mengalu-alukan sebarang cadangan dan teguran dari jemaah dan ahli kariah bagi melangsungkan aktiviti dan operasi di masjid ini. Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jemaah dan ahli kariah di atas penyertaan di dalam majlis ini.

قال رسول الله ﷺ : سبعة يظلهم الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله الإمام العادل

Sabda Rasulullah SAW : "Tujuh (7) golongan yang dinaungi Allah SWT pada hari tiada naungan selain naunganNya iaitu (1) pemimpin yang adil."

وقال السيد حسن بن سليمان النوري : وبدأ بالشخص العادل لأن حياته له وللناس فإن الحاكم العادل هو الكاسر لشوكة الظلمة والمجرمين وهو سند الضعفاء والمساكين وبه ينتظم أمر الناس فيأمنون على أرواحهم وأموالهم وأعراضهم (إبانة الأحكام شرح بلوغ المرام)

Kata al-Syed Hasan bin Sulaiman al-Nuri : "Dan bermula (golongan yang dinaungi Allah SWT) dengan seorang yang adil kerana kehidupannya itu adalah bagi dirinya dan orang lain. Maka pemerintah yang adil adalah dia yang mematahkan duri pelaku zalim dan pembuat kejahatan dan dia adalah penyandar bagi orang yang lemah dan miskin. Dan dia menguruskan hal umat sehinggakan mereka merasa aman dan terjamin jiwa, harta dan kedudukan mereka."