Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir Menyertai Program-program Nisfu

Muslimin & muslimat dijemput hadir menyertai program-program Nisfu Syaaban anjuran Masjid Jamek Bandar Baru Uda pada hari esok.

Semoga kita meraih fadilat dan kelebihan malam Nisfu Syaaban sebagaimana diriwayatkan para alim ulama kepada kita, termasuklah malam tersebut mustajabnya permintaan para hamba, malam yamg diberikan keampunan kepada yang bertaubat dan sebagainya.

Bahkan beribadat di malam tersebut, terutama di masjid merupakan amalan para alim ulama. Apatahlagi beriktikaf, membaca Al-Quran dan menimba ilmu di masjid mempunyai fadilat yang agung tersendiri.

Memetik kenyataan Al Imam Ibn Rajab Al Hanbali di dalam Al Lataif Al Maarif:

ويروى من حديث عثمان بن أبي العاص مرفوعا : إذا كان ليلة ‌النصف من شعبان نادى مناد : هل من مستغفر فأغفر له؟ هل من سائل فأعطيه؟ فلا يسأل أحد شيئا إلا أعطيه إلا زانية بفرجها أو مشركا

Dan diriwayatkan dari sebuah hadis Marfu' oleh Uthman bin Abi Al-As: Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, akan berseru satu seruan: "Apakah ada orang yang meminta keampunan? Maka Aku akan mengampunkannya. Apakah ada orang yang meminta sesuatu? Maka aku akan mengurniakannya? Tidak meminta seseorang hamba (pada malam tersebut) melainkan akan Aku berikan, kecuali seorang wanita penzina dan seorang musyrik."

وقال في قيامها في المساجد جماعة : ليس ذلك ببدعة

Dan beliau (Ishaq bin Rahawaih) telah berkata tentang ibadah malam Nisfu Syaaban di masjid secara berjemaah: "Ini bukan bidaah."