بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

SAMBUTAN MALAM NISFU SYAABAN 1445H DI MJBBU

Alhamdulillah, Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) telah mengadakan Sambutan Malam Nisfu Syaaban 1445H di Dewan Solat Utama MJBBU Sabtu lalu (24 Februari 2024). Sambutan yang diadakan bersempena malam Nisfu Syaaban ini telah mendapat sambutan yang amat baik dikalangan jemaah dan ahli kariah serta masyarakat setempat dengan kehadiran seramai 900 orang jemaah lelaki dan wanita.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang istimewa di dalam bulan Syaaban dan kita dianjurkan menghidupkan malam tersebut dengan amal dan ibadat termasuklah mendirikan solat, membaca Al-Quran, berdoa, bermunajat dan sebagainya. Diriwayatkan bahawa pada malam tersebut Allah SWT mengampunkan dosa-dosa para hambaNya yang bertaubat dan memperkenankan segala hajat mereka melainkan orang yang mensyirikkan Allah, bermusuhan, penzina dan lain-lain.

Dalam sambutan Nisfu Syaaban kali ini, program bermula dengan Kuliah Subuh Khas Malam Nisfu Syaaban 1445H yang disampaikan oleh ustaz Muhammad Nur Zuhdi bin Muhammad Daud yang menghuraikan keutamaan malam Nisfu Syaaban melalui kitab Maza fi Syaaban karangan Al-Sayyid Muhammad Al-Hasan bin Alawi Al-Maliki.

Program seterusnya diadakan pada 6.30 petang dengan bacaan Surah Al-Waqiah dan Selawat Al-Tafrijiyyah yang dipimpin oleh Ketua Imam MJBBU, Imam Haji Mohd Kamal bin Zakaria dan Bilal MJBBU, Bilal Mohamad Khairulanuar bin Mohamad Dun. Program diteruskan dengan Tausiyah Khas Malam Nisfu Syaaban 1445H oleh Ustaz Fathulmunir bin Mat. Ustaz melalui kitab Al-Lataif Al-Maarif, karangan Al-Imam Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali, telah menerangkan kelebihan dan fadilat bulan Syaaban termasuklah fiqh puasa di bulan Syaaban dan laranagan berpuasa sunat selepas Nisfu Syaaban melalui syarat-syaratnya.

Muslimin & muslimat boleh ikuti kuliah dan tausiyah tersebut di rakaman siaran langsung melalui pautan berikut:
???? Kuliah Subuh Khas Malam Nisfu Syaaban 1445H: https://www.facebook.com/mjbbUDA/videos/940239451103532
???? Tausiyah Khas Malam Nisfu Syaaban 1445H: https://www.facebook.com/mjbbUDA/videos/248942894851967

Program diteruskan dengan aktiviti kemuncak sambutan Nisfu Syaaban iaitu bacaan Yasin, Tahlil ringkas dan doa khas malam Nisfu Syaaban yang telah dipimpin oleh Imam-imam MJBBU, Imam Muhammad Hakimin bin Mohd Fazarin dan Imam Nur Ikhmal Hakim bin Sabaruddin. Program diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah dan jamuan.

Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah di atas penyertaan para jemaah, ahli kariah dan masyarakat sekitar ke program ini di Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) dan sekaligus mengimarahkan rumah Allah SWT ini. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran kepada amal dan ibadat kita di malam tersebut dan memakbulkan segala hajat yang dipinta.

قال ابن رجب الحنبلي : ليلة النصف من شعبان كان التابعون من أهل الشام كخالد بن معدان ومكحول ولقمان بن عامر وغيرهم يعظمونها ويجتهدون فيها في العبادة وعنهم أخذ الناس فضلها وتعظيمها...واختلف علماء أهل الشام في صفة إحيائها على قولين : أحدهما أنه يستحب إحياؤها جماعة في المساجد...وقال في قيامها في المساجد جماعة : ليس ذلك ببدعة (لطائف المعارف ص.263)

Kata Al-Imam Ibn Rajab Al-Hanbali: "Di malam Nisfu Syaaban, para Tabiin dari Syam seperti Khalid bin Ma'dan, Makhul, Luqman bin Amir dan lain-lain, mereka mengagungkan dan bersungguh-sungguh beribadah di malam tersebut. Dan dari mereka inilah orang ramai mengambil fadilat serta mengagungkan malam Nisfu Syaaban...Dan para Ulama Negeri Syam berbeza pendapat dalam sifat (hukum) menghidupkan malam Nisfu Syaaban kepada dua pendapat: Pendapat pertama mengatakan bahawa dianjurkan menghidupkan malam Nisfu Syaaban secara berjemaah (beramai-ramai) di masjid...Dan kata beliau (Ishaq bin Rahawaih) tentang ibadah malam Nisfu Syaaban di masjid secara berjemaah: "Ini bukan bidaah."


About Us


Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember

LATEST ALBUM

OUR LOCATION

Johor Bahru, Malaysia.

© Copyright | Powered by instaweb.my