بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

GOTONG-ROYONG PERDANA SEMPENA MENYAMBUT RAMADAN 1445H

Pada Sabtu yang lalu (09 Mac 2024) pihak masjid dengan kerjasama Ahli Sukarelawan MJBBU & Komuniti Rukun Tetangga (KRT) BBU telah mengadakan aktiviti gotong-royong di sekitar masjid bersempena kedatangan bulan Ramadan Al-Mubarak 1445H. Aktiviti ini telah disertai seramai 30 orang lelaki.

Di antara tempat yang dibersihkan dan dikemaskan oleh peserta gotong-royong kali ini termasuklah di Dewan Solat Utama MJBBU, tandas-tandas lelaki dan wanita, dapur masjid dan ruang luar masjid merangkum kerja-kerja mengemas alatan rehal, kitab-kitab dan Al-Quran, membersihkan ruang wuduk, parkir, longkang, kipas-kipas dan lain-lain. Selain menyumbang tenaga membersihkan kawasan yang ditetapkan, para peserta juga membantu menyediakan peralatan tambahan bagi kerja-kerja gotong-royong seperti membekalkan alatan-alatan Water Jet bagi membersihkan tandas, kaki lima masjid dan tempat wuduk masjid.

Pihak masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang menyertai aktivti gotong-royong kali ini bagi menyambut bulan Ramadan yang mulia. Semoga dengan aktiviti membersihkan rumah Allah ini, Allah SWT menerima amalan kita dan menanamkan semangat dan qudrat untuk kita beribadat di sepanjang bulan Ramadan akan tiba ini.

قال رسول الله ﷺ : الطهور شطر الإيمان

Sabda Rasulullah SAW: "Bersuci adalah sebahagian dari iman."

قال الإمام ابن دقيق العيد : فالمراد به هنا الفعل واختلف في معناه فقيل إن الأجر فيه ينتهي إلى نصف أجر الإيمان وقيل المراد بالإيمان هنا الصلاة (شرح الأربعين حديثا النووية 61)

Kata Al-Imam Ibn Daqiq Al-Aid: "Maka yang dimaksudkan dengan Al-Tuhur disini adalah perbuatan bersuci. Para ulama khilaf dalam makna hadis tersebut, lalu sebahagian mengatakan pahala suci merupakan sebahagian dari pahala iman, sedangkan yang lain mengatakan bahawa yang dimaksud dengan iman di sini adalah solat (yakni bersuci itu adalah sebahagian dari ibadat solat)."