بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? PROGRAM IHYA RAMADAN 1445H

Pihak masjid mengalu-alukan kehadiran para jemaah, ahli kariah dan masyarakat sekitar untuk mengimarahkan masjid ini serta membuka peluang infak bagi aktiviti-aktiviti di sepanjang bulan Ramadan 1445H / 2024 kali ini:

???? BUTIRAN PROGRAM:
• Tarikh: 12 Mac - 09 April 2024 / 01 - 29 Ramadan 1445H
• Tempat: Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU)

???? AKTIVITI-AKTIVITI & MASA:
???? Kuliah Subuh & Tazkirah Jumaat : Setiap Jumaat, Sabtu & Ahad
???? Membudayakan Hadis : Setiap hari selepas Asar
???? Bacaan Tahlil & Doa Selamat : 30 minit sebelum Maghrib
???? Program Berbuka Puasa : 01 - 29 Ramadan
???? Tadarus Al-Quran (Muslimin) : Selepas Solat Tarawih
???? Tadarus Al-Quran (Muslimat) : Setiap pagi di dewan masjid
???? Khatam Al-Quran Perdana & Sumbangan Hari Raya : 06 April 2024 / 26 Ramadan 1445H
???? Solat Tarawih bersama Imam-imam Jemputan : 01 - 29 Ramadan
???? Program Qiamullail & Sahur : Setiap Jumaat & 10 malam terakhir bermula 3.45 pagi
???? Edaran Bubur Lambuk : 01 - 29 Ramadan selepas Asar
???? Solat Tasbih & Takbir Raya : Malam hari Raya

???? SEBARANG URUSAN SUMBANGAN:
• Ustaz Kamal Ariff bin Mohd Bakri: http://wassap.my/0137225306
• Imam Ibrahim Adham Afif bin Ismail: http://wassap.my/0106609083

???? SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN KE:
???? RHB BANK: 2511 1500 0005 03 (Tabung Pengurusan Masjid Baru BBU)

❗️Kuliah Muslimat, Kuliah Dhuha, Kuliah Maghrib, Daurah Al-Turathiah, Kelas Tahsin Al-Quran & Kelas Tarannum Berzanji akan ditangguhkan.
❗️Kelas Iqra & Al-Quran & Kelas Khat akan BERJALAN SEPERTI BIASA

ﻗﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﷺ : ﺇﺫﺍ ﺟﺎﺀ ﺭﻣﻀﺎﻥ ﻓﺘﺤﺖ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﺠﻨﺔ ﻭﻏﻠﻘﺖ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﻨﺎﺭ ﻭﺻﻔﺪﺕ ﺍﻟﺸﻴﺎﻃﻴﻦ

Sabda Rasulullah SAW: "Apabila bulan Ramadan telah tiba, dibukalah pintu-pintu syurga, dan ditutuplah pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu."

قال سلطان العلماء العز بن عبد السلام السلمي الشافعي : ﺃﻣﺎ ﺗﻔﺘﻴﺢ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﺠﻨﺔ ﻓﻌﺒﺎﺭﺓ ﻋﻦ ﺗﻜﺜﻴﺮ ﺍﻟﻄﺎﻋﺎﺕ ﺍﻟﻤﻮﺟﺒﺔ ﻟﻔﺘﺢ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﺠﻨﺎﻥ ﻭﺗﻐﻠﻴﻖ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﻨﺎﺭ ﻋﺒﺎﺭﺓ ﻋﻦ ﻗﻠﺔ ﺍﻟﻤﻌﺎﺻﻲ ﺍﻟﻤﻮﺟﺒﺔ ﻻﻏﻼﻕ ﺃﺑﻮﺍﺏ ﺍﻟﻨﻴﺮﺍﻥ ﻭﺗﺼﻔﻴﺪ ﺍﻟﺸﻴﺎﻃﻴﻦ ﻋﺒﺎﺭﺓ ﻋﻦ ﺍﻧﻘﻄﺎﻉ ﻭﺳﻮﺳﺘﻬﻢ ﻋﻦ ﺍﻟﺼﺎﺋﻤﻴﻦ ﻷﻧﻬﻢ ﻻ ﻳﻄﻤﻌﻮﻥ ﻓﻲ ﺍﺟﺎﺑﺘﻬﻢ ﺍﻟﻰ ﺍﻟﻤﻌﺎﺻﻲ (مقاصد الصوم 12)

Kata Sultan Al-Ulama Al-Imam Al-'Izz bin Abd Salam Al-Syafie: "Adapun (yang dimaksudkan) terbukanya pintu-pintu syurga adalah sebagai perumpamaan banyaknya ketaatan (ibadat) pada bulan Ramadan, mewajibkan pintu-pintu syurga dibuka. Adapun ditutup pintu-pintu neraka sebagai perumpamaan sedikitnya kemaksiatan mewajibkan pintu-pintu neraka ditutup dan adapun dibelenggu syaitan-syaitan sebagai perumpamaan terputusnya was-was (bisikan syaitan) bagi orang-orang berpuasa kerana mereka tiada keinginan kepada kemaksiatan."