Muslimin & Muslimat Dialu-alukan Hadir Dan Sertai Qiamullail

Muslimin & muslimat dialu-alukan hadir dan sertai qiamullail bersama imam/bilal bertugas di Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) yang akan bermula pada 3.45 pagi esok (Jumaat).

Memetik sebuah hadis yang dinukilkan oleh Al-Imam Al-Hafiz Ibn Rajab Al-Hanbali di dalam Al-Lataif Al-Maarif, pada fasal bulan Muharam, menyatakan keutamaan qiamullail:

خرج مسلم من حديث أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي ﷺ قال :أفضل الصيام بعد شهر رمضان شهر الله الذي تدعونه المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة قيام الليل

Al-Imam Muslim telah meriwayatkan dari hadis Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, Baginda telah bersabda: "Sebaik-baik puasa selepas puasa pada bulan Ramadan adalah puasa pada bulan Allah iaitu pada bulan Muharam dan semulia-mulia solat selepas solat fardu (lima waktu) adalah qiamullail (berdiri malam untuk solat)."

Semoga Allah SWT menjadikan kita tergolong dikalangan para hambaNya yang menghidupkan malam-malam Ramadan dengan bersungguh-sungguh ibadat dan amal.

*Sahur disediakan