بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

PROGRAM TADARUS AL-QURAN SEPANJANG RAMADAN 1445H

Di sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini, pihak masjid mengadakan Program Tadarus Al-Quran Ramadan 1445H dan sudah bermula seawal 1 Ramadan pada Isnin yang lalu (11 Mac 2023). Program ini telah mendapat sambutan yang baik dan seramai 60 orang yang telah menyertai, terdiri dari tadarus musliman dan tadarus muslimat.

Program Tadarus Al-Quran Ramadan 1445H ini berjalan secara berasingan bagi muslimin dan muslimat. Untuk muslimin akan dilaksanakan setiap selepas solat sunat Tarawih di Dewan Solat Utama MJBBU manakala untuk muslimat pada setiap hari bermula jam 8.00 pagi di Dewan Abd Samad MJBBU.

Sesuai dengan ketibaan bulan Ramadan ini, bulan yang diturunkan Al-Quran, amatlah dianjurkan kita untuk membaca Al-Quran. Apatahlagi beriktikaf di masjid sambil beribadat dan membaca Al-Quran.

Pihak masjid mengucapkan syabas di atas penyertaan para jemaah bagi menghidupkan bulan Ramadan dengan ibadat membaca Al-Quran dan beritikaf di masjid ini sekaligus mengimarahkan masjid. Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang berlipatganda kepada para hambaNya yang menghidupkan Ramadan dengan Al-Quran.

قال سلطان العلماء العز بن عبد السلام السلمي الشافعي : ويستحب الإكثار من تلاوة القرآن ومن الجود والإفضال في هذا الشهر للمعتكف وغيره

Kata Sultan Al-Ulama, Al-Imam Al-Izz bin Abdissalam Al-Sulami Al-Syafie: "Dan disunatkan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan bersikap dermawan di bulan ini (Ramadan) bagi orang yang iktikaf dan selainnya."

وفي الصحيحين عن ابن عباس رضي الله عنه قال : كان رسول الله ﷺ أجود الناس بالخير، وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل عليه السلام، وكان يلقاه جبريل كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ، فيعرض عليه النبي ﷺ القرآن، فإذا لقيه جبريل كان رسول الله ﷺ أجود بالخير من الريح المرسلة (مقاصد الصوم ص. 33)

"Dan di dalam Al-Sahihain, dari Ibn Abbas, beliau berkata: "Adalah Nabi SAW orang yang paling pemurah melakukan segala jenis kebaikan, dan Baginda le