بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK & IFTAR RAMADAN 1445H DI MJBBU

Bulan Ramadan merupakan bulan yang dianjurkan kepada umat Islam untuk memperbanyakkan amalan. Di antara amalan yang dianjurkan ulama adalah memberikan juadah berbuka puasa kepada orang yang berpuasa.

Di Masjid Jamek Bandar Baru Uda, aktiviti-aktiviti edaran bubur lambuk dan penyediaan juadah berbuka puasa dilaksanakan setiap hari sepanjang Ramadan. Sebelum iftar pula, para jemaah akan membaca tahlil dan dipimpin oleh para imam yang bertugas.

Bagi aktiviti edaran bubur lambuk akan bermula selepas Asar di pintu Babussalam MJBBU, berhadapan Dewan Suliman MJBBU. Para jemaah dan masyarakat setempat dialu-alukan untuk mengambilnya.

Semoga Allah SWT memberi ganjaran yang berlipatganda kepada para hambaNya yang menyumbang bagi urusan dan aktiviti masjid ini di sepanjang Ramadan.

قال سلطان العلماء العز بن عبد السلام : ومن شرفه أنه من فطر صائما كان له مثل أجره وقال ﷺ : من فطر صائما كان له مثل أجره من غير أن ينقص من أجر الصائم شيء

Kata Al-Imam Izz bin Abd Salam RHM: "Dan di antara kemuliaan puasa bahawasanya barangsiapa memberikan juadah berbuka kepada orang yang berpuasa maka baginya pahala sepertinya; dan sabda Baginda SAW: "Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun."

فمن فطر ستة وثلاثين صائما في كل سنة فكانما صام الدهر ومن كثر بفطر الصائمين على هذه النية كتب الله له صوم عصور ودهور (مقاصد الصوم 18)

"Lalu barangsiapa memberi juadah berbuka kepada tiga puluh enam (36) orang yang berpuasa setiap tahun, maka seoleh-olah dia berpuasa satu tahun. Justeru barangsiapa memperbanyak memberi makan dan minum kepada orang yang berpuasa atas dasar niat ini, Allah mencatat baginya puasa berabad-abad dan bertahun-tahun."