بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

PEMBAYARAN ZAKAT FITRAH & ZAKAT HARTA RAMADAN 1445H

Pihak pengurusan MJBBU mengalu-alukan kehadiran para jemaah dan ahli kariah Bandar Baru Uda bagi melaksanakan kewajipan zakat fitrah & harta bagi tahun 1445H.

Kaunter zakat akan dibuka setiap hari pada jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang, bertempat di pintu utama Dewan Solat MJBBU.

Sebarang pertanyaan, para jemaah boleh hubungi:
???? Imam Haji Mohd Kamal bin Zakaria : 019-793 3929
???? Imam Mohd Shaiful bin Esa : 013-757 6894

Semoga dengan melaksanakan kewajipan ini menyucikan jiwa dan harta serta menyuburkan amalan kita di bulan Ramadan ini.

قال الإمام تقي الدين أبو بكر بن محمد الحسينى الحصني : أظهرها ونص عليه الشافعي في الجديد أنها تجب بغروب الشمس، لأنها مضافة إلى الفطر كما مر في لفظ الحديث، والثاني أنها تجب بطلوع الفجر يوم العيد لأنها قربه تتعلق بالعيد فلا تتقدم عليه كالأضحية (كفاية الأخيار 228)

Kata Al-Imam Taqiuddin Abu Bakar bin Muhammad Al-Husaini Al-Hishni: "Yang paling zahir dan nas ke atas Al-Imam Al-Syafie pada Qaul Jadid bahawasanya zakat fitrah wajib dengan terbenam matahari (Ramadan) kerana ia disandarkan kepada fitri (berbuka puasa) sebagaimana telah lalu di dalam lafaz hadis. Dan yang kedua bahawa ianya wajib dengan terbit fajar pada hari raya kerana ia berkaitan dengan hari raya maka tidak boleh mendahului ke atasnya sebagaimana hari korban."