بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

RAMADAN: BULAN NUZUL AL-QURAN

Bulan Ramadan adalah bulan Al-Quran dan ia bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan. Ini kerana pada bulan ini telah diturunkan Al-Quran di malam Lailatulqadar dan ia menjadi hidayah kepada sekalian umat serta pemisah di antara hak dan batil.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah:

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Qadr:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatulqadar.

Demikian penurunan Al-Quran sekaligus di Baitul Izzah pada malam Lailatulqadar, malam yang lebih baik dari beramal selama seribu bulan. Justeru umat Islam amat dianjurkan untuk menghidupkan bulan ini dengan mempelajari bacaan Al-Quran, bertadarus, bertilawah dengannya dan sebagainya.

Di Malaysia, tanggal 17 Ramadan menjadi sambutan Nuzul Al-Quran oleh masyarakat kerana peristiwa agung kenabian dan kerasulan serta penurunan wahyu pertama kepada Baginda SAW. Menjadi titik perubahan sejarah umat manusia, meneranginya dari kegelapan kejahilan kepada cahaya ilmu.

Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Alaq:

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ (1) خَلَقَ الْإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ (2) اقْرَأْ وَرَبُّكَ الْأَكْرَمُ (3) الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ (4) عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ (5)

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Al-Syeikh Ismail Haqi Al-Barusawy mentafsirkan:

(عَلَّمَ الْإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ) أول ما نزل عليه ﷺ على ما دلت عليه الأحاديث الصحيح...عن عائشة رضي الله عنها: أول ما ابتدىء به رسول الله عليه وسلم من النبوة

Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya; adalah ayat pertama yang telah diturunkan ke atas Baginda SAW didasari hadis-hadis yang sahih. Diriwayatkan dari Sayidatina Aisyah RA: "Permulaan kenabiaan yang datang kepada Baginda SAW."

لما بلغ عليه السلام رأس الأربعين ودخلت ليلة سبع عشرة من شهر رمضان جاءه الملك وهو في الغار كما قال الامام الصرصري : وأتت عليه أربعون فأشرقت ∴ شمس النبوة منه في رمضان (روح البيان 10/482)

Ketika Baginda SAW telah mencapai umur 40 tahun dan ketikamana telah masuk malam 17 dari bulan Ramadan, telah datang Malaikat Jibril AS kepada Baginda SAW dan ketika itu Baginda berada di dalam gua. Sebagaimana kata Al-Imam Jalaluddin Al-Sarsari: "Dan Baginda SAW telah mencapai usia empat puluh (40) tahun, lalu bersinar matahari kenabian darinya SAW di bulan Ramadan."

Oleh itu marilah sama-sama kita istiqamah melazimi kehidupan kita dengan Al-Quran khususnya di bulan Ramadan ini. Bukan sahaja ia menjadi mukjizat agung sepanjang zaman, ia adalah wasilah bagi umat Nabi Muhammad SAW untuk taqarrub dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan ke syurga.


About Us


Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember

LATEST ALBUM

OUR LOCATION

Johor Bahru, Malaysia.

© Copyright | Powered by instaweb.my