Berbaki 10 Malam Terakhir Di Bulan Ramadan Ini,

Berbaki 10 malam terakhir di bulan Ramadan ini, masjid mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan para jemaah ke Program Qiamullail Ihya Ramadan 1445H.

Program yang sudahpun diadakan setiap Jumaat, akan diteruskan sehingga 10 malam terakhir Ramadan bermula Ahad ini pada jam 3.45 pagi.

*Beriktikaf di masjid selain di ruang Dewan Solat Utama MJBBU sepanjang Ramadan adalah dialu-alukan.
**Sahur disediakan sepanjang program qiamullail ini berjalan.