بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

PROGRAM KHATAM TADARUS AL-QURAN MUSLIMIN & MUSLIMAT RAMADAN 1445H

Alhamdulillah, pihak masjid telah mengadakan Program Tadarus Al-Quran Ramadan 1445H di sepanjang bulan Ramadan ini dan telah selesai dikhatamkan pada Rabu (27 Mac 2024) bagi kumpulan tadarus muslimat dan Khamis (28 Mac 2024) bagi muslimin. Program ini yang berjalan bermula 1 Ramadan telah mendapat sambutan yang baik dikalangan jemaah masjid khususnya dari ahli kariah BBU.

Bagi kumpulan tadarus muslimin, ia berjalan setiap selepas Tarawih di Dewan Solat Utama MJBBU dan setiap kumpulan dipimpin oleh para imam dan bilal masjid. Bagi kumpulan muslimat pula telah berjalan setiap pagi di Dewan Abd Samad MJBBU dan dipimpin oleh Biro Helwa MJBBU.

Pihak masjid mengucapkan jutaan tahniah kepada para jemaah yang telah menyertai Program Tadarus Al-Quran Ramadan 1445H di masjid ini dan sekaligus beriktikaf dan mengimarahkan masjid. Semoga Allah SWT melipatgandakan pahala kepada para hambaNya yang melazimi kehidupan mereka dengan Al-Quran khususnya di bulan Ramadan.

قال سلطان العلماء العز بن عبد السلام : ويستحب الإكثار من تلاوة القرآن ومن الجود والإفضال في هذا الشهر للمعتكف وغيره

Kata Sultan Al-Ulama, Al-Imam Izz Abdissalam: "Dan disunatkan memperbanyakkan membaca Al-Quran dan bersikap dermawan di bulan ini (Ramadan) bagi orang yang iktikaf dan selainnya."

وفي الصحيحين عن ابن عباس رضي الله عنه قال : كان رسول الله ﷺ أجود الناس بالخير وكان أجود ما يكون في رمضان حين يلقاه جبريل عليه السلام وكان يلقاه جبريل كل ليلة في رمضان حتى ينسلخ فيعرض عليه النبي ﷺ القرآن فإذا لقيه جبريل كان رسول الله ﷺ أجود بالخير من الريح المرسلة (مقاصد الصوم 33)

"Dan di dalam Al-Sahihain, dari Ibn Abbas RA beliau berkata: "Adalah Nabi SAW orang yang paling pemurah dan dermawan dalam melakukan segala jenis kebaikan. Baginda lebih pemurah di dalam bulan Ramadan ketika Jibril AS menemui Baginda dan Jibril menemui Baginda pada setiap malam dalam bulan Ramadan membentangkan (menyemak) bacaan Al-Quran dari Nabi SAW. Apabila Baginda didatangi Jibril AS, Baginda akan menjadi lebih pemurah dari angin yang bertiup."


About Us


Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember

LATEST ALBUM

OUR LOCATION

Johor Bahru, Malaysia.

© Copyright | Powered by instaweb.my