Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir Dan Sertai Majlis

Muslimin & muslimat dijemput hadir dan sertai Majlis Khatam Al-Quran Perdana & Sumbangan Hari Raya 1445H yang akan diadakan pada Sabtu, 6 April 2024, bermula jam 8.30 pagi.

Semoga para jemaah dapat hadir serta mendapat fadilat pengkhataman Al-Quran dan sesungguhnya pelbagai fadilat majlis khatam Al-Quran dan ianya adalah sunnah yang amat dianjurkan.

Al-Imam Al-Nawawi menyatakan di dalam Al-Tibyan:

يستحب حضور مجلس ختم القرآن استحبابا متأكدا

"Sunat menghadiri majlis pengkhataman Al-Quran dengan sunat muakkad (sangat dianjurkan)."

وروى بأسانيد الصحيحة عن الحكم بن عيينة التابعي الجليل قال : أرسل إلي مجاهد وعتبة بن لبابة فقالا : إنا أرسلنا إليك لأنا أردنا أن نختم القرآن، والدعاء يستجاب عند ختم القرآن

"Dan diriwayatkan dengan sanad-sanad yang sahih, dari Al-Hakam bin Uyainah Al-Tabi'i Al-Jalil (seorang tabiin yang mulia), dia telah berkata: "Mujahid dan Utbah bin Lubabah telah menghantar utusan kepadaku dan mereka berdua berkata: "Sesungguhnya kami menghantar utusan kepada engkau kerana kami ingin mengkhatamkan Al-Quran, dan doa mustajab ketika mengkhatamkan Al-Quran."

Semoga Allah SWT memilih kita menjadi di antara hambaNya yang melazimi kehidupannya dengan Al-Quran dan dimakbulkan doa-doanya.


Masjid ini berkeluasan 18,640 kps boleh memuatkan seramai 5,400 jemaah, telah dibina pada 31 Disember

LATEST ALBUM

OUR LOCATION

Johor Bahru, Malaysia.

© Copyright | Powered by instaweb.my