بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين
PROGRAM QIAMULLAIL IHYA RAMADAN 1445H DI MJBBU
Alhamdulillah di sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak, Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) telah melaksanakan Program Qiamullail Ihya Ramadan 1445H pada setiap Jumaat dan sepanjang 10 malam terakhir Ramadan.
Program ini telah mendapat sambutan yang baik dikalangan jemaah MJBBU serta masyarakat sekitar dengan kehadiran seramai 100-200 jemaah terdiri dari lelaki dan wanita. Di sepanjang program ini dilaksanakan, masjid turut menyediakan juadah sahur.
Berikut adalah rakaman Majlis Qiamullail & Sahur bersama Datuk Bandar Johor Bahru, YB Dato' Haji mohd Noorazam bin Dato' Haji Osman anjuran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dengan kerjasama Masjid Jamek Bandar Baru Uda (MJBBU) yang diadakan pada Jumaat lalu (05 April 2024). Di dalam majlis ini, aktiviti qiamullail telah dipimpin oleh imam jemputan, Ustaz Ellyeen Amineen bin Mohd Salleh.
Pihak masjid mengucapkan jutaan tahniah kepada para jemaah yang telah menyertai serta istiqamah beriktikaf dan berqiamullail di masjid ini bersama-sama para imam dan bilal bertugas. Semoga Allah SWT melipatgandakan pahala di atas amalan kita di bulan yang penuh kemuliaan ini.
قال الإمام الفقيه شهاب الدين أبي العباس أحمد : فصل الاعتكاف سنة في كل وقت ورمضان آكد والعشرة الأخيرة آكد لطلب ليلة القدر
Kata Al-Imam Al-Faqih Syihabuddin Abi Al-Abbas Ahmad: "Fasal: Iktikaf hukumnya sunat pada setiap waktu dan sangat dituntut pada bulan Ramadan serta sepuluh (10) malam terakhir bagi mencari Lailatulqadar."