Mari sama-sama kita hadir dan sertai aktiviti bersempena ketibaan Syawal pada malam ini. Semoga Allah SWT memakbulkan segala permintaan kita dan menerima segala amalan kita disepanjang Ramadan ini.
Memetik qaul Al-Imam Al-Syafie oleh Al-Imam Ibn Rajab Al-Hanbali:
قال الامام الشافعي بلغنا ان الدعاء يستجاب في خمس ليال ليلة الجمعة والعيدين واول رجب ونصف شعبان، واستحب كل ما حكيت في هذه ليالي (الطائف المعارف 263)
Kata Al-Imam Al-Syafie: "Telah sampai kepada kami bahawa doa dimakbulkan dalam lima malam iaitu; malam Jumaat, 2 malam hari raya, malam awal Rejab dan malam Nisfu Syaaban. Dan aku menganjurkan semua (ibadat) yang diriwayatkan di malam-malam ini."