بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين

???? KULIAH SUBUH MJBBU:

???? Hari/Tarikh : Rabu / 01 Mei 2024 / 22 Syawal 1445H
???? Penceramah : Ustaz Luqmanul Hakim bin Abd Rahman Al-Iskandarani
???? Tajuk/Kitab : Pekerja Yang Diredhai Allah & Disukai Rasulullah SAW

وَقُلِ ٱعْمَلُوا۟ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُۥ وَٱلْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَٰلِمِ ٱلْغَيْبِ وَٱلشَّهَٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

"Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepadaNya Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".

قال الشيخ اسماعيل الحقي البروسوي : في الخبر : لو أن رجلا عمل عملا في صخرة لا باب لها ولا كوة خرج عمله إلى الناس كائنا ما كان (روح البيان 4/525)

Al-Syeikh Ismail Al-Haqi Al-Barusawy : Di dalam hadis disebutkan: Kalaulah seseorang beramal dengan suatu amalan di dalam sebuah batu yang tebal, yang tiada padanya pintu dan tidak juga lubang, pasti akan keluar amalnya kepada manusia walau apa sekalipun ia.